01 April 2024

Takoyaki - Order Dari Sue

Salam Ramdhan... 
Hari jumaat aq terima mesej dari Sue.... 
Katanya nak order tako... Disebabkan Sue nak 3 pack ok la aq turunkan jua...
Aq balik kerja pun awal lagi pun hari ni cuma aq ber2 je dengan Alif berbuka kat rumah, Nadia ada majlis berbuka puasa di sekolah...

Dalam dok aq buat tako tu, Ros mesej pula tapi mesej nya di delete... tapi memang aq dah agak yang Ros nak order tako ni... untuk anak nya Icha balik dari asrama hari ni....
Aq pun reply mesej Ros.... Ros nak order tako ke kalau nak takat 1 pack ada je ni...
Ros kata boleh juga tapi lepas magrib boleh ke sebab dah nak berbuka ni...Ros kata boleh...

Bila dah siap Alif hantar tako 3 pack ke rumah Sue. Lepas je magrib aq buat 1 pack untuk Ros...
Alhamdulillah hari ni dapat jual 4 pack tako dah....

Sesekali layan tako panas panas pun sedap juga kan....

#janganlupabersyukur

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...