20 February 2020

Percutian ke Kundasang ~ Day 2

Cepat nya masa berlalu... Hari ini dah hari yang ke 2 aq berada di Kundasang..
Seawal jam 5.30 pagi dah pun bangun.. Selepas menunaikan solat subuh, kita golek golek la dulu...sekali jam dah pun 6.30 pagi...
Nadia panggil... mama jom tengok Gunung Kinabalu...
Apa lagi keluarlah aq ke kawasan Kiram's Village... Ya Allah cantik nya gunung kinabalu... Terkagum sebentar dengan keindahan ciptaan Mu....
Selepas tu balik semua ke cabin bersiap siap untuk menuju ke destinasi seterusnya....
Hari ni banyak dah agenda dalam minda ku. Hb n anak anak ikut je ke mana hala tuju....
Disebabkan aq menginap di Kampung Cinta Mesilau dah tentu la destinasi pertama Desa Dairy Farm...
Masa ni jam baru pukul 7.30 pagi.. DDF menerima pengunjung jam 9.00 pagi. Huh awal lagi...
Dah la belum sarapan pagi lagi.. Kalau turun ke Pekan Kundasang malasnya nak berpatah balik..
Bagi yang pernah berkunjung di Kampung Cinta Mesilau mesti tahu kan sukarnya jalan di sini...
Bukit dia...fuh...... mencanak weh.... Ada 1 hari kereta tak boleh naik mungkin pemandunya tidak mahir dengan selok belok jalan berbukit macam ini...

Apa apa kita bergambar dahulu sebelum orang ramai tiba..

Lengkap 5 orang peserta...
Hehehehe....

With my chenta hati...

No 3 - Fatahul...

My 3 heros...

Selepas itu aq buat keputusan meneruskan perjalanan ke Ranau kerana ada lagi sejam untuk di buka..
Esok je la kita ke DDF ni......

Sampai di Pekan Kundasang.. Berdekatan dengan roundabout ada penjual kuih...
Kita tengok apa yang mereka jual...

Bihun goreng RM1.00 tapi kalau ada telur tak pasti lak...

Donut
Macam kuih cakoi tapi inti kaya
Pau goreng inti kacang merah

Yang kuning tu tak tau kuih apa tapi ada rasa pisang..ok sedap
Karipap kentang kari
Donut
Harga kuih muih ni murah juga 3 ketul RM1.00 boleh campur...

Perjalanan diterus kan ke Ranau...
Meninjau kat mana ada kedai makan yang nak di terjah..
Sini kiranya banyak juga la Kedai mamak....

Kami singgah di Medan Selera Ranau...
D'sera Cafe...
Sebelum tu Nadia kata nak makan nasi lemak lauk sotong...
Kalau ada la ye...

Ini sarapan pagi kami...
Selepas itu kami menuju ke Poring Hot Spring Ranau.
Mudah je nak mencari nya...
Sepanjang percutian kami ke Sabah, kami banyak bergantung kepada waze dan yang penting kena la mencari sedikit info kan....Rajin rajin la terjah blog kawan kawan lain yang banyak menbantu sepanjang percutian... kerana ini dinamakan percutian backpacker kan....

Mesti ramai yang merakam kan photo disini kan...
Hehehe...

My baby booooo.... Alif..

Acara rendam kaki la konon nya...
Tapi pastu malas dh...kih..kih..kih...
Tiket Poring
Dewasa - RM3.00
Kanak - RM1.00

Selepas itu perjalanan diteruskan ke Kampung Luanti Ranau..
Apa lagi semestinya tempat wajib kalau ke Ranau kan....
iaitu Tagal Fish Spa Kampung Luanti Ranau...

Muka geli sebenarnya.....

Konon nya nak larikan diri ikan... sekali ikan tu menderu ikut diorg...
Hahahaha.... Fatahul paling teruk pengelinya....

Masa ni Fatahul berpelukan dengan abah...
Nasib la abah kuat menahan..kalau tak 2 2 kecebur dalam air.....
Konon nak elak kan dari ikan la....
adoiyai...letih tengok....
Tiket Tagal Fish Spa
Dewasa - RM5
Kanak - RM2
Camera / Hp - RM3

Selepas masa tamat perjalanan diteruskan ke Sabah Tea Plantation...
Masa mula mula aq datang jalan nak ke sini tanah merah berdebu je...
Sekarang ni jalan dah pun diturap dengan simen...
kira ok la kan......
Dan ada sesetengah tu masih baru diturap... 
Sabah Tea Plantation ni sebelah je dengan Tagal Fish Spa ni..
Nak ambil gambar disini ikut turn 
hahahaha....
I love Sabah Tea...

Bingkai frim ni baru lagi..
Hari tu aq pegi takde....


Yang ni teko love...
Kali ni aq pergi, ku abadikan kunci love di sini...
In sha allah kalau berkesempatan datang sini lagi...
boleh la lihat kunci love yang kami abadikan disini..
Harga kunci love Rm23.80..

Jom kita ke ladang...
damai sekali bila berada di sini....

Jangan dok ramai ramai nanti pecah...
ni bukan batu erk...
Macam gabus jek...

Di hadapan Restoran Sabah Tea...


Barang yang di jual di Kedai Sabah Tea...

Sabar menunggu jurujual membuka kunci love...
Jom kita coretkan sedikit kenangan di kunci love.....

Selepas selesai semuanya kami pulang menuju ke Ranau...
Nak makan tengahari...

Kami memilih kedai yang kami sarapan pagi tadi....

Habis kan kami mencari kedai dobi untuk mencuci pakaian...
Aq tak bawa banyak baju. Sepanjang percutian baju kami recycle semula..
Maklum la percutian bajet & bagpacker kan...
Redha je la....

Perjalanan diteruskan ke Pekan Kundasang...
Misi mencari beras bario kerana di pekan Kundasan lebih murah berbanding tempat lain....


Geram aq tengok daun bawang...gemuk 



Selesai membeli beras...kami menuju ke War Memorial iaitu sebelah kanan jalan nak menuju ke Kampung Cinta Mesilou....
Aq & hb naik sampai di gerai saja...Anak anak yang meninjau tempat selanjutnya....


War Memorial....
Tiket War Memorial 
Dewasa - RM3
Kanak - RM2

Dan destinasi terakhir kami pada petang ni ialah ke
Mesilou Cat House..
Nak ke sini susah sikit ye...
Jalan tanah je...bukan jalan bertar...
Kotor sikit la kereta...kalau hujan lagi teruk sikit la kot...


Tu cat house...

Nadia tengah bagi kucing makan labu bercampur dengan ayam..
Owner ni kata ni makanan kegemaran mereka...
Masa ni Fatahul mengeletik. Dia ni pengeli kucing...
Serabut la pulak aq rasa... hasih....


Habis je jam dah pun pukul 6.00 petang...
Cuaca pun dah gelap... Kalau semenanjung masa ni macam jam 7.00 malam...
Balik je ke cabin apa lagi mandi dan berehat sebelum cuaca benar benar sejuk....
Nak mandi pun seksa...
Water heater pun macam tak berfungsi ku rasa....
wow..... sejuk nya...naik beku muka....

Tiket Cat House 
Dewasa - RM4
Kanak - RM3

Lepas je magrib waktu semenanjung, kami keluar ke pasar tamu yang terdapat di Pekan Kundasang.
Ku rasa pasar tamu ni setiap hari khamis...
Sebab hari lain aq tengok takde pun...



Yang ni sebekas RM5.00 
Aq beli cheese tart & kek batik...

Hb beli goreng pisang...

Beli juga magi goreng..



Yang ni Mee Kari Laksa Udang RM7.00
Siap membeli apa lagi...jom pulang...
Sejuk dah ni...
Balik je cabin lepak diberanda sambil menikmati makanan yang dibeli di pasar tamu tadi...
Mata pun dah mengantuk seharian berjalan...
esok nak check out dah... jauh lagi perjalanan esok...
Jom tidur...
Layan...

PERBELANJAAN UNTUK HARI KE 2 (367.80)

Kuih Muih - 9.00
Sarapan - 24.00
Tiket Poring - 13.00
Tiket Tagal - 25.00
Minum di Tagal - 32.50
Kunci Love - 23.80
99 Speedmart - 39.00
Dobi - 11.00
Makan di Dobi - 17.00
Makan Tengahari - 34.00
Petrol - 40.00
Tiket War - 14.00
Tiket Cat House - 19.00
Beras - 30.00
Pasar Tamu - 35.00

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...