20 March 2020

Sarapan Di Pagi Jumaat 20/03/2020

Hari ini dah hari yang ke 3 perintah kawalan pergerakan.
Pagi ni aq terfikir nak masak makaroni goreng je.
Menu mudah anak anak pun suka.

Bubur kacang masih ada berbaki lagi

 Makaroni goreng

Sosej pulut


 Ini sarapan aq pagi ni



Disebabkan hb tak makan makaroni, aq buatkan kuih ketayap untuk beliau.
Ku hidangkan bersama milo kosong.

RESEPI MAKARONI GORENG

1 paket makaroni direbus
3 biji bawang putih di cincang
1 keping daging burger ramly
1/2 batang karot
2 keping fish cake
3 sudu cili boh
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 kiub ikan bilis maggi
2 sudu serbuk maggi cukup rasa

CARA CARA NYA

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan daging burger tumis sampai garing
3. Masukkan cili, sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis
4. Masukkan karot dan fish cake
5. Masukkan sedikit air
6. Masukkan makaroni kacau sebati
7. Akhir sekali masukkan serbuk maggi
8. Dah siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...