19 February 2020

Makan Malam Di Suria Tomyam @ Kedai Kuning Taman Tenaga

Cerita minggu lepas sebelum bercuti, malas nya nak masak dah kan..Lagi pun barang barang dalam peti ais memang aq clear kan...Biar kosong...Balik bercuti baru kita topup ye...
Jadi untuk makan malam hari isnin yang lepas kami pergi ke Suria Tomyam @ Kedai Kuning la gelaran yang kami berikan di Taman Tenaga...
Kenapa kami sekeluarga suka makan disitu... kerana di sana ada banyak pilihan...
Dari nasi campur, nasi lemak, masakan panas, western, roti canai dan macam macam lagi...

Malam ni aq order masakan panas
Nasi Goreng USA untuk aq...
Nasi Putih, Paprik Seafood & Telur Dadar untuk my hb

Yang ni chicken cop untuk Alif...
Harga cuma Rm8 sahaja...
Harga di kedai kuning ni macam biasa la...
Harga nya mampu milik....
ok la kan
Jom kalau ada yang berkelapangan...
Layan...

10 February 2020

Happy Birthday To Alif Turn 11

Selamat harijadi buat anak mama yang mama sayangi...semoga Allah merahmati Alif....
Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk hati abah dan mama...
Semua orang sayang Alif....
Sayang Alif ketat ketat.....
Sabtu 0802/2020 genap umur Alif 11 tahun...
Dah besar pun anak mama...Dulu kecil je 1.85kg premature baby....
Seperti biasa sambutan harijadi Alif tak la besar mana..Alif minta untuk makan di KFC sahaja.
Jadi kami pun sepakat ke KFC Desa Pandan, tak ramai orang kan...

 Birthday Boy - Alif Hakimi...

 Menu yang di pesan....

 Kakak suap kan untuk Alif...


 Aq pun nak juga....
Lepas je makan KFC ku suarakan hasrat lebih baik kita makan di Pak Li Kopitiam...
KFC bosan juga kan... So hb apa lagi ok je...Perjalanan diteruskan ke Pak Li Kopitiam Giant Bukit Kemuning. Sebenarnya Pak Li Kopitiam ni bukan la pertama kali pergi..dah selalu pun pergi...


 Suasana di Pak Li Kopitiam....


 Menu....

 Layan sebelum makanan tiba...

 Disebabkan masih kenyang, Alif cuma pesan Roti Bakar bersama kaya dan planta....

 Tuna Sandwich untuk aq...Roti ni di bakar dahulu...

 My hb roti bun bakar kaya & planta, telur separuh masak 2 biji...

 Keo Teow goreng untuk Nadia... Tamak kan..last last tak habis...

 Hot white coffee untuk aq dan hb

Ini kesemua makanan yang di pesan...
Rasa memang sedap....
Kalau korang nak mencuba boleh la datang ke Pak Li Kopitam ni..
Apa apa pun Korang
Layan Je...

08 February 2020

Sarapan Pagi Untuk Pagi Minggu Ku

Habis je zumba, hb call tanya kat mana..Aq kata masih di komuniti lagi baru je habis zumba.
Hb tanya nak makan tak.. Mesti la nak kan...
Jom sarapan...Aq apa lagi laju la balik...
Hehehe..
Hb tanya makan mana..mn mn je la...ok la kalau gitu kita ke kedai kuning di Taman Tenaga..

 Alif makan nasi lemak packing je yang ku beli di tepi jalan berhadapan dengan Kondo Mentari
RM1.00 satu... rasa sedap sangat..Alif boleh habiskan 3 bungkus...
Kalau lalu dihadapan Konda Mentari boleh la singgah ye...

 Nasi Lemak untuk my hb

 Bihun Kari for me

Pulut bersama serawa kuah durian...
Alhamdulillah kenyang...
Jom balik...
Layan....




Zumba Sana Sini Minggu Pertama Untuk Feb 2020

Cerita aerodance / zumba ku untuk minggu ini...
Minggu ini macam biasa setiap hari selasa bertempat Tingkat 7 di Kompleks Komuniti Bandar Tun Razak jam 9.00-10.00 bersama Coach Rossa....
Minggu kita buat workout ye teman teman.....

 Yang ini pula kelas pada hari khamis bertempat di Azmass Pro Fitness Bandar Sri Permaisuri pada jam 8.00 - 9.00 malam bersama Coach Azam...
Gambar beramai takde ye....Hilang dalam radar tak boleh dikesan.....



 Me & Kiah je la yang hado nya...








Me dengan Coach Linda & Coach Along

Yang ini pula kelas bersama Coach Linda Azmi bertempat di Tingkat 5 Parking kereta Kompleks Komuniti Bandar Tun Razak.. Hari ramai meriah kelas bersama teman teman yang baru bagi ku..
Hehehehe...
Lepas tu datang pula Coach Along...kelas sambung meriah walaupun sebelum ni meriah dah...
Coach Along bawa lagu kegemaran aq...Toceh...toceh...
Dari apa yang Coach Linda & Coach Along beritahu mereka setiap ahad jam 7.00-8.00 pagi akan berada di Taman Pudu Ulu...Wooooowwww... me macam best nya nak join la tapi minggu depan tak dapat la minggu lain la pula...
Jom kawan kawan berikan sedikit masa anda untuk turut serta di kelas kelas coach ini...
In sha Allah tidak menghampakan...
Bayaran... mampu milik tak la mahal mana pun
Jom....
Layan....




07 February 2020

Nasi Goreng Biasa Bekalan Ku Untuk Hari Jumaat

Seperti biasa menu sarapan pagi dan juga menu tengahari aq untuk hari jumaat...
Aq lebih suka kepada menu yang ringkas..Senang cerita janji perut kenyang.

Menu sarapan pagi
Tauhu bergedil ni last habis stok dah sebabnya aq nak habis kan stok dalam peti ais.
Sepotong tembikai

Menu tengahari 
Nasi Goreng Biasa
Buah Jambu


"Terima lah nasi goreng biasa ku"
"Dari orang biasa"
"Tapi cinta ku pada mu luar biasa"
Hehehe...
Sesekali buat nasi goreng biasa ni pun sedap juga kan
Jom tengok resepi cara aq.....


Resepi Nasi Goreng Biasa

~ 2 Mangkuk nasi
~ 1 kiub ayam maggi
~ 1 sudu sesedap rasa maggi
~ 2 sudu kicap pekan (ku guna Jalen botol purple)
~ 2 ulas bawang putih - dicincang
~ 4 biji cili api potong kecil
~ 2 biji telur - didadar dan hancur kan
~ Sayu kobis, capsium merah & hijau (kalau boleh biar la sayur sawi tapi ini je yang ada dalam peti kan.. ku belasah je)


Cara - Cara

Tumis bawang putih , cili api
Masukan capsium
Masukan kiub ayam
Masukan kobis
Masukan telur
Masukan nasi
Masukan kicap
Masukan sesedap rasa
Kacau sebati
Rasakan dengan garam...
Siap...

Menu Makan Malam 06/02/2020


Pulang dari kerja semalam ku masakan menu ringkas untuk keluarga kecil ku...
Hari ni kena cepat sikit kerana malam ini ada kelas aerodance....
Dari pejabat lagi dok pikir apa la menu ringkas cepat dan mudah tu kan....
Dan ini lah hasil nya...

Sambal sardin cili api

Tauhu telur bersama puchuk & suhun....

Telur dadar menu yang paling mudah
Hehehehe...

Resepi Tauhu Telur Bersama Puchuk & Suhun

~ 1 bungkus suhun & puchuk di rendam
~ 3 biji tauhu telur - potong 4
~ Sedikit tepung jagung
~ Lobak merah 1/2 batang
~ Capsium Merah & Hijau
~ 2 ulas bawang putih
~ 2 biji bawang merah
~ 1 biji kiub ayam
~ 1 sudu serbuk sesedap rasa maggi

Cara cara

Tauhu potong 4 - salut dengan tepung jagung - goreng
Tumis bawang merah & bawang putih
Masuk kan 2 cawan air
Masukan lobak merah
Masukan capsium
Masukan kiub ayam
Masukan puchuk & suhun
Masukan tauhu telur yang dah di goreng
Masukan sesedap rasa
Akhir sekali rasa kan garam nya...
Siap


06 February 2020

Suhun Goreng Untuk Makan Tengahari Ku

Yang ini pula suhun goreng untuk aq makan tengahari nanti....
Semenjak dah makan suhun goreng ni aq lebih mengemarinya daripada bihun pula....
Jom lihat...



Apa perbezaan diantara bihun dan suhun...



Yang ni aq bawa bekal untuk dimakan tengahari nanti

Resepi Suhun Goreng

~ Suhun 1 mangkuk - rendam
~ Bawang merah 2 biji - hiris
~ Bawang putih 1 biji - cincang
~ 1 sudu Sos Cili 
~ 1 sudu sos tiram
~ 1 sudu sos ayam maggi
~ 1 sudu sesedap rasa
~ 1 sudu kicap manis
~ 1 biji telur - dadar hancur
~ Sedikit isi ayam
~ Capsium merah & hijau
~ Lobak merah hiris panjang
~ Daun sup cincang halus

Cara - Cara

Tumis bawang merah & bawang putih
Masukan ayam - goreng sampai garing
Masukan sayuran
Masukan semua sos kecuali serbuk maggi
Masukan telur
Masukan suhun
Kacau Sebati
Masukan serbuk maggi & daun sup
Kacau sebati - Siap

** Aq tak letak garam dah sebabnya semua sos tu dah pun masin

Sarapan Pagi ~ Nasi Goreng Ikan Bilis

Selalunya kalau ada nasi lebih, alamatnya mak mak mesti set esok buat nasi goreng la kan...
Kebetulan semalam nasi putih ada berbaki lagi..
Jadi pagi pagi ku buat kan nasi goreng ikan bilis untuk dijadikan sarapan pagi memerangkap makan tengahari untuk anak anak di rumah...




Macam biasa kalau sarapan pagi ku tak lengkap kalau tak pekena secawan Essenso Coffee...
Jom layan resepi nasi goreng ikan bilis cara aq...

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis

~ 2 mangkuk Nasi Sejuk 
~ 2 biji bawang kecil - hiris
~ 2 biji bawang putih - cincang
~ 6 biji Cili Api Merah - kisar guna blender kering
~ 1 mangkuk kecil ikan bilis - rendam dan kisar blender kering
~ 1 kiub ikan bilis
~ 1 sudu sos tiram
~ 1 sudu serbuk magi sesedap rasa
~ 3 biji telur goreng hancur dahulu
~ Garam
~ Minyak untuk menumis
~ Lobak merah potong panjang
~ Sedikit daun sup potong nipis

Cara - Cara

~ Tumis bawang merah & bawang putih sampai garing
~ Masuk kan cili tumis sampai garing
~ Masuk kan ikan bilis kisar
~ Masuk kan kiub ikan bilis - tumis sampai garing
~ Masuk kan sos tiram
~ Masuk kan lobak merah
~ Masuk kan telur yang dh siap di goreng
~ Masuk kan nasi - gaul sebati
~ Masuk kan serbuk maggi
~ Masuk kan daun sup - kacau...
~ Akhir sekali rasa kan dengan garam...
~ Siap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...