19 February 2020

Makan Malam Di Suria Tomyam @ Kedai Kuning Taman Tenaga

Cerita minggu lepas sebelum bercuti, malas nya nak masak dah kan..Lagi pun barang barang dalam peti ais memang aq clear kan...Biar kosong...Balik bercuti baru kita topup ye...
Jadi untuk makan malam hari isnin yang lepas kami pergi ke Suria Tomyam @ Kedai Kuning la gelaran yang kami berikan di Taman Tenaga...
Kenapa kami sekeluarga suka makan disitu... kerana di sana ada banyak pilihan...
Dari nasi campur, nasi lemak, masakan panas, western, roti canai dan macam macam lagi...

Malam ni aq order masakan panas
Nasi Goreng USA untuk aq...
Nasi Putih, Paprik Seafood & Telur Dadar untuk my hb

Yang ni chicken cop untuk Alif...
Harga cuma Rm8 sahaja...
Harga di kedai kuning ni macam biasa la...
Harga nya mampu milik....
ok la kan
Jom kalau ada yang berkelapangan...
Layan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...