16 June 2020

Bergambar Raya Aidilfitri Bersama Keluarga Tersayang 22 Syawal 1441

Dah 22 Syawal bersamaan 14/06/20
Sekali lagi kami bergambar untuk dijadikan kenangan Raya Aidilfitri 2020.
Kali ni beraya di kampung halaman ku la
Dimana lagi kalau tau di Titi Gantung, Bota.
Bangun je pagi pagi masing masing dah sibuk nak berkemas...
Berbaju raya. Anak anak ingat kan nak bergambar di Studio...
Daku kata tak la...di rumah saja....
Sebelum masing masing pulang
Kita abadikan kenangan terindah ini...



 My Family, Kali ni lengkap ber 5...

 Big Family Photo

 Dengan mak abg & SIL


 Abg Family Photo



 With the only 1 SIL




Habis je bergambar, Masing masing pun pulang
daku ke KL manakala abg ku ke Kuantan.
Lepas ni kita balik lagi sesama ye...
banyak benda tak sempat nak buat lagi ni...
Dah boleh rentas negeri ni...selalu la aq pulang ke kampung...
Apa apa pun Korang
Layan Je...

Jom Makan Yong Tau Foo Medan Selere Taiping

Konon nya selepas memborong durian, nak ke JS Muara di Kuala Gula.
Apa la nak pekena gulai ikan sembilang la...
Dalam perjalanan dari Bukit Gantang ada la dalam 35 KM lagi masa tu jam dah pun pukul 8.00 malam. nak sampai sana dah pukul berapa makan & nak balik lagi jauh tu...
Jadi kami ambil keputusan pergi ke Medan Selera Taiping je la makan Yong Tau Foo di belakang balai bomba Taiping..
Ramai nya orang... lagi ada SOP kan..Penjarakan sosial semeja dalam 2- 4 orang tengok pada saiz meja la kan...

Daku order ABC, dalam gelas pula...

 Yong Tau Foo, ni aq ngan HB punya.
SIL order lain....

Nasi Goreng paprik RM7.00
Service cepat...

Kerang rebus RM6 sepinggan kecil..

Jumlah 3 yong tau foo, 2 makan 1 bungkus RM47 sahaja...
Murah la kalau nak di bandingkan makan di Astaka Sitiawan pun tak dapat harga macam ni...
Mungkin ke kita ke sini lagi.
Sebabnya jauh juga dari Bota nak ke Taiping...
Dah la jalan berliku liku selepas Pekan Beruas...
Bila la highway WCE ni nak siap...
Tak sabar nak balik kampung or ke Taiping ikut jalan tu....
Erm...
Apa apa pun Korang
Layan Je...

Jom Cari Durian di Bukit Gantang

Bila dah boleh rentas negeri, kami semua pakat pakat pulang ke kampung.
Kebetulan pula kali ni musim durian..
Jom kita p cari durian. Disepanjang jalan Kampung Gajah, takde pulak orang jual durian.
Mungkin belum gugur lagi kot...
Jadi Iqhwan kata kat area Bukit Gantang, Kemunting ada durian.
Petang sabtu tu 13/06/20 kami ke sana. Di sepanjang jalan Trong, Changkat Jering takde lak orang menjual. Kot ada pun 1 -2 orang je.
Harga tak yah la tanya mesti mahal kan....
Jadi Iqhwan kata ada di Bukit Gantang.. Call kawan dia ni... ada stock...
Sampai sana kami pun call la brader ni.
Setelah tunggu di tempat yang dijanjikan beliau menjemput kami ke rumah nya.
Patut la tak jumpa.. rumah beliau jauh ke dalam.
Tiba nya kami, ramai yang dok membeli durian kat brader ni...
Kami apa lagi, angkut la...tengok sebakul besar dalam 20 kilo gak la
Harga durian ni RM10 sekilo, semasa pkp dulu harga baru RM5-8 sahaja...
Tapi memang puashati beli dengan brader ni
Kami terus kopek sebab dah bawa bekas siap siap.
Kalau ada yang busuk, mengkal brader tu tukar terus...
Memang puashati layan brader ni...






Jual durian dirumahnya sahaja...
Kalau sesiapa yang ingin kan durian bila tiba musim nya
boleh la contact brader ni
Nama beliau Zul 019 - 647 4140
In sha Allah tidak menghampakan...
Sebelum datang call dulu ye...nanti pulang tangan kosong pula...
Layan...

Aidilfitri PKP 2020

Di hari raya yang pertama, tidak kemana mana hanya dirumah sahaja.
Ambil gambar untuk dijadikan kenangan...
Sedih tak dapat beraya bersama sama keluarga dan sanak saudara.
Tapi apa kan daya kena ikut SOP yang diarahan oleh kerajaan...
#rayapkp #kitajagakita




 Untuk raya pertama kita tengok tv je la...sampai ke malam...
Makan makan juadah raya kan....

Untuk raya ke 2 pula, selepas asar kami ke Banting dan diteruskan ke Bagan Lalang..
Tengok apa yang ada...
Tengok pantai...pun jadi la
Buat hiburkan hati. janji kita tak pergi ke rumah orang kan...

 Kami ber 4 sahaja...




Pantai Bagan Lalang..
Matahari pun dah nak terbenamkan mentari nya...
Jom kita pulang....
Layan....

Jom Tukar Wifi Dari Streamyx ke TIME


Bila mengenangkan intenet yang slow sesangat, memang daku geram sangat.
Dah la kita bayar setiap bulan tetapi intenet tidak dapat dilayari dengan baik.
Setiap kali pihak TM call untuk upgrade hati berbelah bagi.
Memandangkan anak anak di rumah perlu kan WiFi, daku call TM untuk bertanya berapa mbs yang mereka boleh berikan.
Ternyata kecewa kerana TM cuma boleh beri 30mbps sahaja.
Nadia pun buat servey talian apa yang bagus dan laju.
Kali ni Nadia jumpa talian TIME.
Erm...nak ke tak nak upgrade ke TIME ni.

Kalau anda lihat di web TIME, ada 3 pilihan untuk talian personal..



Daku pilih yang 500 mbps. Kalau campur SST dalam RM148.00 sebulan.
Cara nak melanggan mudah je. Pergi e web TIME isi je apa yang dia perlukan.
Sehingga lah anda cetak Order no. Pilih tarikh dan masa yang ingin dibuat pemasangan...
Jadi bila sampai masa dan tarikh yang dijanjikan pihak TIME akan menghantar wakil ke rumah anda...

Dan ini la router yang aq pilih...Yang ni percuma je..Banyak pilihan router bagaimana yang dikehendaki.... Sekarang ni intenet di rumah ku kemain laju lagi...nak download ke nak main games ke apa apa je la....
Daku gumbira sangat....
Jom....kita upgrade Wifi di rumah.....
Layan...

15 June 2020

Menu Raya PKP - 2020

Menu raya, kami tak pegi ke mana mana pun


Menu raya pertama,
Nasi Minyak
Nasi Impit
Lemang
Ayam masak sos,
Kari Kambing

Menu tengahari ni, aq masak nasi tomato, ayam masak sos dan juga jelatah nenas.
Sesekali makan sedap juga kan.

Di waktu petang Hb ajak pusing pusing ke Kuala Selangor.
Tengok apa yang ada.
Dah lama terperap kat rumah kan.
Tapi hampa semua kedai tutup la pula.
Ok la tu dapat dok dalam kereta pun jadi la.
Next raya ke 4.
Aq dah mula kerja....
Malas nak cuti kerana tak pergi mana mana pun.
Simpan cuti bila lepas pkp nanti...
Layan...

Menu Berbuka - Laksam


Aq memang suka makan laksam, tapi aq tak pernah mencuba memasak laksam.
Selalu beli je. Makan sebungkus memang tak puas kan.
Jadi pada dok saja hari minggu takde nak buat apa, aq berani kan diri mencuba memasak laksam.

Ni laksam aq...

Orang guna tudung periuk la tapi aq guna pinggan ikea...

Dah masak biar kan sejuk baru gulung...

Dalam proses menggulung...

Elok licin kan, tak la mengerutu, melekat ke....

Ni pertama kali buat...

Laksam warna warni..
Untuk kali yg ke 2 ku lakukan....


RESEPI LAKSAM

BAHAN BAHAN

1. 1/2 cawan tepung gandum
2. 3 cawan tepung beras (sy guna cap teratai)
3. 5 cawan air suam
4. 1/2 sudu kecil minyak
5. Minyak masak untuk mengoles pinggan
6. Pinggan ikea

CARA CARA NYA

Campur kan ke semua bahan ke dalam mangkuk
Oles kan minyak di pinggan ikea
Panas kan kukusan
Letak seseduk adunan ke dalam pinggan 
Kukus dalam 5 minit atau sehingga adunan mengelembung tu tanda nya dah masak
Biar kan sejuk
Baru lah di gulung
Setiap kali nak letak adunan ke dalam pinggan, setiap kali tu kena oles minyak.








Kuih Kasui & Apam Pisang

Menu kuih kasui dan apam pisang ni aq dapat dr kawan ku...
Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan ku.
Hari ni aq pos gambar je
Esok esok aq akan kongsi kan resepi tu ye...

Ni sarapan pagi,
Nasi goreng, kasui & essenso coffee...


Ni la apam pisang....
Ada bahan tertentu...
Bukan ku dapat dari mengoggle ye...

Sarapan pagi ku...
Murtabak sardin
Murtabak pisang
Apam pisang
Essenso Coffee...
Layan....

Murtabak Sardin & Murtabak Telur Kucai

Pelbagai murtabak dari dapur ku...
Aq mmg gagal la nak buat murtabak dari doh roti canai.
Jadi bila lihat di fb orang buat murtabak menggunakan kulit popia...
Macam best je kan....

Ini murtabak sardin...

Ini murtabak bawang + kucai..
Ada lagi diantara nya murtabak pisang...
Gambar cari tah mana pergi nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...