20 December 2017

Kuih Keria Gula Melaka

Assalammualaikum...
Orang sekarang sibuk dok viral kuih keria gula melaka...
Makan 1 memang tak puas la kan...
Gigihnya aq cari keledek putih kuning sebab nak cuba buat kan..
Bila tengok kan FB cikgu Azlina Ina buat macam senang je kan
Apa lagi aq pun try and error la kan

Sebelum digoreng

Selepas digoreng dan disira gula melaka


Walaupun keria aq ni tak montok macam tuan dia tapi rasa terbaik touq....
Resepi :
Ubi keledek putih
Tepung gandum
2 sudu tepung beras
2 sudu kecil soda
sedikit garam

Sira Gula :
Gula Melaka

Step dia rasanya sama jek macam keria biasa tu

Apa-apa pun Korang
Layan Je

Anggur berbuah lebat di rumah cousin...

Assalammualikum...
Masa raya puasa hari tu cousin aq datang rumah beraya.
Lepas tu dia suruh datang ke rumah nya keesokkan hari nya.
Rumah nya terletak di Bandar Seri Iskandar...
Dia cakap ala senang je cari umh dia...tengok depan pagar ada pokok anggur...
Bila aku tengok geramnya aku dengan buah anggur ni..
Buah nya warna hijau sebab tak masak lagi kalau dah masak warna merah..
Buah anggur n baru je petik minggu lepas kata cousin aq tu....
hijau pun hijau la...geram sungguh aku tengok kan




Kalau macam ni dalam 4-5 hari lagi masak la kata cousin aq tu, tapi dia petik juga walaupun rasanya masam...hehehe...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

Jalan-Jalan di Freeport A'famosa Outlet Alor Gajah Melaka @ 23/10/2016

Balik je dari Melaka kami ikut jalan Alor Gajah. Jadi boleh la singgah ke FAO, saja jalan-jalan tengok pemandangan kat sini memang cantik sangat.
Aq tak beli apa apa pun dengan cuaca yang panas











Erm...apa apa pun Korang
Layan Je gambo yang aku ambik....

Nadia di tempat baru @ Kolej Matrikulasi Banting, Selangor @ 05/06/2017

Assalammualaikum...
Hari ini lepas je bersahur, aq bersiap siap untuk menghantar kakak ke Matrik Banting, kiranya kakak akan meneruskan pengajiannya disini selamat setahun..harap -harap la...
Sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian disini ada juga kakak terima tawaran lain..
Kalau tawaran ke IPTS memang banyak...mana mampu untuk melanjutkan pelajaran ke sana walaupun ada tawaran untuk memohon PTPTN
Kakak juga memohon untuk ke IPG tapi takde rezeki...
Bila UPU dah keluar untuk semakan Kakak berjaya mendapat tempat ke UITM kiranya U pilihan hati la tu...Kakak WS mama hantar icon nangis...dalam hati mama dah dapat UITM pun tak happy juga ke...bila aq amat amati kursus yang ditawarkan 
TAHNIAH
Anda terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke UITM Cawangan Jasin Melaka
Kursus yang ditawarkan : Diploma Sains Komputer
Menangis la kakak sebab tak suka dengan kursus yang ditawarkan...padahal masa mohon UPU itu lah kursus terakhir yang dipilih...
Akhir sekali kakak tekad, bersetuju dengan tawaran Matrik walaupun berat hati ...
Erm...takpe la kan...cuba dulu...
Kakak kata takpe la mama orang akan pilih matrik even orang terpaksa struggle kat situ..
Jadi pada 05/06/17 dalam pukul 8 pagi kami pun ke Matrik Banting, dengan jalan jem lagi maklum la hari isnin time kemuncak org bekerja lagi kan...sampai matrik dalam pukul 11 pagi...
kakak pun melapor diri dekat 1000+ gak la no tu...erm....
kakak sudah pun siap siap buat pendahtaran online dan di tempat kan di Asrama Mira tkt 1. so senang la, nak ambil kunci je lagi
setelah siap mengemas barang barang, aq dan HB pulang.
Tinggal la kakak kat Matrik atau dikenali KMS Banting.
Bermula episod suka dan duka kakak disini...
Tapi apa apa pun kakak dah pun masuk SEM 2 di mana aq baru je mengupload cerita ku...hehehe..
Alhamdulillah kakak dah boleh terima cara pembelajaran disini dan seronok dengan kawan kawan sebilik dan sekelas
Oh ye kakak di tawarkan Modul 2 iaitu SM2T2P2
Matrik Menawarkan 3 modul untuk aliran sains
Modul 1 : Math, Physic, Chemistry dan Biology
Modul 2 : Math, Physic, Chemistry dan Sci Comp
Modul 3 : Math, Chemistry, Bio dan Sci Comp
  

Bai Kakak bai my little princess...Selamat menempuh
 alam baru
 alam asrama
alam bersama kawan kawan
Mama harap kakak dapat menyesuaikan diri.
Apa apa pun Korang
Layan Je

Percutian Sempoi ke Melaka @ 21/10/17-22/10/17

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak berceloteh kat sini...
Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan...cuma aku je yang takde masa nak menaipnya..
Dipendek kan cerita hari sabtu, aku nak pergi lepak kat PD kiranya malam minggu disitu..
tapi masa otw nak ke PD jalan jem dekat Seremban highway...kat situ je jam dh menunjukkan pukul 7.00 malam...lagi 45 minit juga la nak sampai PD..
Masa tu aq yg drive, HB tanya nk pergi PD ke sampai dh pukul berapa lg pun dah malam malam ni apa yang ada kat PD selain pergi lepas di tepi pantai atau pasar malam PD...
Erm.....kan...so nak pergi mana sekarang...
Kita terus je la ke Melaka...
Alamak nak pergi Melaka...dengan baju apa pun tak bawa ni...
takpe kita cari baju kat uptown Melaka nanti kata HB...
So aq pun apa lagi terus kan la ke Melaka...
sampai di RnR Senawang, kita tukar drive pulak...
Then HB yg sambung drive la sementara aku masuk ke laman web trivago cari hotel bajet....
buat apa nak cari hotel yang mahal, bajet sudah sekadar nak tido malam ni n mandi je kan...
Cari punya cari dapat la Hotel AL-Nur di area Jalan Laksamana.


 Bila kami sampai Hotel Al -Nur dah penuh tapi dia bagi Hotel T kaler kuning berhadapan je...dengan harga RM68 semalam...jadi la kan...bilik pun kecik je...tak la besar...yang penting bersih n selesa...
So dh pun sampai lebih kurang pukul 9.00 malam...
Kalau kita walk-in atau booking online pun harga hotel ni tetap sama RM68.00 semalam...
Dan harus di ingat parking dia bandar Melaka ni mengunakan kupon ye...walaupun hari ahad / ph ada orang majlis ni bekerja...macam aku konon ala parking kejap jek...tup tup kena saman RM30...padan muka aq...hehehe
Lepas dah mandi solat, kami pun decide nak makan mee besen ori..
Nak ikut kan guna waze je cari Restoran Mee Besen Original, rasanya dari hotel tu tak sampai 10 minit...

Meh tengok ni harga dia, aq cuma ambil besen saiz S
sini ada saiz S, M, L. boleh juga pilih sama ada nak mee atau bihun.
Bihun Sup (S) - RM6.00
Western Kecil - RM17.90
Western pun ada yang besar - RM35.00 boleh makan untuk 6 orang
saiz S blh la makan untuk kami ber3 je
Kot yang tak tahu saiz besen tu langgut / tengok je kt tepi dinding ada dia lekat besen tu...ha pilih jek...kot orang ramai, jangan risau jumpa je pekerja kat situ tulis nama n berapa orang, nanti bila ada meja kosong dia panggil nama kita, kot dh p malam malam macam aq ada je tempat. kiranya teratur la sistem diorg ni...apa apa pun kena bersabar yek, almaklum la restoran ni tengah ngetop skg ni kan...^_^...

Air dia mahal sikit la, air dia pun banyak yang special la...tp kalau nak jimat minum je air kosong percuma dah disediakan sila layan diri sendiri ye...hehehe
Muka happy nak makan...perut lapo weh...
Lepas habis makan kami pusing pusing la ke uptown cari baju untuk tidoq pulak...hehehe...


Kalau pergi ke Melaka tak sah, kalau tak sarapan di Warung Hajah Robiah kat Jalan Tengkera.
Disebabkan banyaknya gerai gerai kecil kat situ bermaksud memang banyak la makanan yang dijualkan..Kami memang selalu memesan makan dengan kuantiti yang sedikit je sbb nak merasa semua jenis makanan ni kan
Meh layan aq nak habaq harga dia erk...hehehe
Roti Canai - RM1
Lempeng Kelapa - RM2.00 (ni aq rekemen sedap ooo)
Cucur Bawang - 5 biji RM1
Nasi Lemak packing - RM1.50 (ni aq lupa)
Kuih Muih - RM0.40 sebiji


Habis makan, jalan jalan kat pinggir Sungai Melaka, masa ni orang tak ramai memang best la dan belum panas lagi..




Ni air tembikai, harga sebijik RM10.00
memang puas sedut sampai 3 org pun tak larat aku...
Lokasi dekat roundabout kecik bandar hilir tu tepi sungai selain tembikai ada juga cendol.
Gerai ni buka jam 10.00 am

sambil minum pun sempat nak berselfie...konon sweet la tuh...haish...
Lepas tu balik hotel pulak sbb check out pukul 12.00 kan so sempat la nk membuta 1 jam lagi kan...
HB tido la mcm aq dok kemas kemas la kan...nanti dalam kete turn aq lak membuta...
Disebabkan ala kejap je ada la dlm 1 jam lebih sikit so HB pun x letak kupon kat kete
turun je kul 12 dah ada surat chenta atas wiper...haaaaa...padan muka...dh kena saman..



Perjalanan diteruskan ke Kampung Sungai Putat, Batu Berendam. Kot p Melaka mmg tak cukup rasanya kalau tak ke sini. Tempat yang harus di terjah untuk mengisi perut kan..
Aq ringkas kan cerita la erk...
Mango Float Royale - RM5.00
sbb aku x suka letak ais krim dia tolak singgit jadi RM4.00
Meat Ball - RM10.00 
Keria - RM1.00 (3biji)
Nasi Goreng Cili Api - RM5.00 (ni aq rekemen, terbaek ooo)


Lepas habis makan apa lagi terus pecut balik ke KL sebab nak hantar Nadia balik Matrik pulak...
Apa apa pun percutian sempoi / tak dirancang ni menambahkan balik berat aku
Diharap sedikit sebanyak info aq ni boleh bagi rujukan pada yang nak pergi holiday ke Melaka..
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

26 July 2017

Alif Sukan SKST 2017


Assalammualaikum...
N3 kali ni psl Sukan tahunan SKST 2017.. punya la lama gambar ni tersimpan sampai aq dh lupa...
Kali ni Alif masuk acara perbarisan bertemakan "Captain America"
Eh..eh..eh... aku pun pakai ikut tema iaitu tema rumah sukan biru la...sbb tahun ni Alif dh ditukarkan ke warna biru...tahun lepas unggu tapi tahun ni unggu sudah pun dibubarkan...

"sakit la hidung pakai topeng ni"




eh..eh...Siti Nordiana pun ada...
kalau nk tahu anak dia ni pun sekolah disini dan menjadi ketua didalam perbarisan tu la


Ni kawan aku Ecah...biru juga coz anak dia rumah biru..

Ni lagi Kak Situ....baju hijau sbb ank dia rumah sukan hijau....
haaaa....tgk betapa mak-mak sgt perihatin dgn hal-hal anak2..sanggup ikut rumah tema anak....

Selain acara perbarisan, Alif pun masuk acara sukaneka...iaitu 2 acara...tp aq mmg dh lupa acara apa...maklum la mmg dh lama simpan cerita ni sampai jd lupa...
erm...apa-apa pun korang
Layan Je
Wassalam..

Nenas Batu

Assalammualaikum...lamanya aq x mengupdate blog....sibuk sangat sekarang ni....
Kali ni aku nak kongsikan pasal pokok nenas...ni bukan nenas biasa...atau pun nenas madu...
Ni namanya nenas batu...selalunya nenas ni digunakan untuk mengubati penyakit batu karang, kencing tak lawas...
Kat rumah mak aq byk...pokok ni senang tumbuh dan menpunyai banyak ank2... daun dia kecil dan pjg...buah pulak berwarna merah jambu...tp bila dah matang bertukar menjadi coklat perang...
Jadi masa ni blh la dipetik....



Ni semua dah sesuai untuk dipetik..

Cara nak buat ubat dia
Nenas dibuang kulit, diblander dan dimasak sampai jadi separuh dari air yg mula2 kita rebus tu
bila dh siap blh la campur dengan gula batu atau diminum macam tu...blh disimpan dalam peti sejuk...
Apa-apa pun Korang
Layan Je
Wassalam...

24 February 2017

Diet Oh Diet - Menu Diet Atkins...Alhamdulillah Berjaya...


Assalammualaikum...
Siapa kata nak kurus susah..aku dh pun buktikan nya...dulu mmg susah aku nak kurus...sebulan tu nk turun 2 kilo pun susah...1 hari aku terbaca pasal diet atkins...dlm hati boleh ke aku buat diet ni...mencabar betul ni....takpe la aku cuba...dan bila 1 hari aku terbaca di FB Fafae Mimie..rasa amat amat teruja...apa lagi aku pun wasap la tanya macam mana nak join group tu...
Fafae cuma kenakan bayaran RM20 saja sebulan...owh...apa la sangat RM20 tu kalau betul ia boleh buat aku kurus...dia akan beri segala info, makanan yg boleh dimakan atau tak boleh dimakan...
dah 3 kali aku join group ni sehingga ke hari ini...
Korang lihat la hasilnya serta menu aku yang lulus Fasa 1.

 Ni aku bermula diet bulan 10 2016 dan berat 74.8kg tu dalam bulan Jan 2017
yes....aku berjaya kurangkan 10.2kg...
dan dikala aku menulis blog ini berat aku pun dah berkurangan lagi...In sha Allah tak lama lagi akan cecah ke angka 6....chaiyok....chaiyok....go go kurus.....

 Sarapan : Murtabak Sardin, Green Tea
Lunch : Selar goreng, pak choy rebus + telur
Dinner : Telur Dadar, Green Tea

 Sarapan : Telur Dadar, Green Tea
Lunch : Ayam goreng, timun (yg elok jepun punya ye) Pakchoy + kubis bunga + telur
Dinner : Cucur tauhu atkins

 Sarapan : Telur Dadar
Lunch : Singgang Ikan Tongkol, Sayur Taugeh + telur dadar
Dinner : aku mkn kt luar...hehehe

 Lunch : Ayam goreng, Kangkung goreng

 Sarapan : Murtabak Sardin, Green Tea
Lunch : Cencaru goreng, sayur campo
Dinner : Murtabak Sardin, kangkung goreng

 Sarapan : Telur Mata sambal bilis, green tea
Lunch : Ikan Sambal, Bayam goreng
Dinner ; Telur Dadar

 Sarapan : Murtabak Sardin, Green Tea
Lunch : Sardin Masak Asam Pedas, Taugeh goreng
Dinner : Telo Mata sambal bilis

Sarapan : Telo rebus + sambal bilis, green tea
Lunch : Ayam goreng, scramble egg with mixed chicken,
Daging goreng kunyit, pakchoi grg udang
Dinner : Scramble egg + smabal bilis   





 Lunch : yang ni masa konvo Fatahul, w/p tak clean tapi tak cheat...hokey....











 Lunch : umh kenduri...w/p tak clean takpe...janji tak cheat kan...



ini lah diantara menu diet atkins 
Cuma 1 je korang kalau buat diet ni kena rajin masak sbb nk dapatkan diet yg bersih takde gula, takde serbuk perasa...
Apa-apa pun korang
Layan Je
Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...