15 December 2019

Ubi Kemili Rebus Bersama Kelapa Parut

Cerita di petang minggu ahad...
Lepas je ku buat mee goreng fatboi tu...ku rebus juga ubi kemili atau pun ubi keling ni.
Aq beli masa kat Pasar Payang tempoh hari. Dah seminggu kan..
hari tu aq cuba gabungkan ubi kemili bersama dengan sambal sardin. Tak ambil gambar la pula.
Jadi hari ni aq rebus macam tu je...Letak sikit garam...

 Taraaaaa... ubi yang dah siap di rebus..


Sambil makan sambil kopek la kulit ubi tu ye..Rebus sekali dengan kulit nya
Kelapa parut tu ku campur kan dengan gula & garam.
Cicah...layan sungguh...

Mee Goreng FatBoi Menu Petang Minggu


Hari minggu aq duduk di rumah je, badan pun tak berapa sihat.
Bila dah tidur je, bila bangun mula la otak dok mikir apa nak buat utnuk minum petang. Kena buat menu yang berat sikit biar kenyang sampai ke malam.
Buka kabinet ternampak la mee FatBoi.
Mee ni memang sedap. Masa mula mula goreng tu aq dah jatuh chenta dengan rasanya.
Mee ni juga dikatakan salah 1 mee yang rendah kalori.


Tadaaaaaa...
Makan mee goreng Fat Boi ni masa panas panas pekena lak ngn Kopi Essenso...
Aq tabur juga Chili Flakes..Perh...sedap baq ang...
Memang layan la kan...
Coffee Essenso tu aq gabungan dengan Sunlac Milk la kan...
Ku harus menjaga diet la kiranya.
Sapa kata diet tak leh makan sedap kan...
Ni la ni meeFatBoi kot mana yang tak tahu.
Ada 3 perasa, Asli, Oat & Labu.
Ni aq borong kat NSK 1 bungkus RM2.80 je.
Masa ni cuma ada perasa asli.
1 lagi tu mee ramen. tu juga sesuai untuk diet....

Resepi Mee FatBoi Goreng

BAHAN - BAHAN NYA

Mee - rebus sampai lembut
Bawang Merah / Putih - diblender
4 sudu Cili Kisar 
2 sudu sos cili + bawang putih
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat Jalen
1 kiub ayam
Gula, Garam

Segengam Udang Kertas
2 Keping Fish Cake

Tumis sebati dan garing

Letak air 2 cawan Ikea

Bila dan mendidih masuk kan mee yang dah siap di rebus

Kacau sebati

Masuk kan sayur 

Last taburkan dengan serbuk maggi secukup rasa.
Aq suka letak yang ni masa akhir.

Ok siap...

Lempeng Kelapa

Petang sabtu tak ke mana mana.
Hujan je sedari tengahari tadi. Aq pun apa lagi buka peti ais tengok apa yang ada dalam peti.
Tung tang tung tang terhasil la Lempeng Kelapa  Versi aq la ye.

 Lempeng Kelapa Dengan Sambal Ikan Bilis..

 Ni ler bancuhan adunan aq
Aq takde la sukatan yang tepat
Bahan - bahan nya cuma : 
Tepung Gandum
Santan Kotak - 1 kotak kecil
Telur sebiji
Kelapa Parut
Garam
Gula
Yang ni blender sekali
Kalau nak tebal pekat kan bancuhan
Kalau nk nipis cair kan je..
Korang adjust la ye....
Aq oleskan dengan planta



 Resepi Sambal Ikan Bilis
Bawang Merah / Besar
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Kisar
Garam
Gula
Semua bahan tu di blender

Tadaaaaa....
Lempeng Kelapa ni mmg layan la kan lagi lagi masa hujan ni kan..
Alif & hb bukan main laju makan.
Fatahul mula mula tak mo...tapi bila dah rasa 1 keping...berkeping keping dia makan sampai habis..
Erm....alhamdulillah.....
Menu yang menjadi kegemaran keluarga ku....

13 December 2019

Cucur Badak Ranggup

Disebabkan inti cucur badak masih berbaki lagi, cucur badak ni aq dah buat untuk sambutan makan perpisahan untuk Fatahul hari tu. Sayang la pulak nak dibuangkan.
Masih boleh dimakan lagi kerana aq letak di dalam peti beku tu...
Jadi balik je kerja pada hari selasa yang lalu gigih la aq membuat kuih ni.
Sebelum aq balik kerja, aq minta tolong my hb untuk kupas kulit ubi keledek ni.
Aq memilih ubi keledek oren kerana rasa nya yang manis.
Lepas tu aq rebus bercampur dengan sedikit garam...

 Ubi keledek yang dah empuk.
Aq tumbuk untuk mendapatkan ubi yang lebih halus.
Masa panas-panas kita dah buat nya kerana masa ni ubi lebih lembut.

 Campur dengan sedikit tepung gandum.

 Lepas tu aq bulat kan siap siap....


 Proses buat lubang.....


 Letak la inti nya pula...
Aq suka letak lebih inti...

 Katup kan doh...
Leper kan begini...
Lepas tu boleh la goreng dengan api yang sederhana besar...
Jangan besar nanti mentah belah dalam
Kalau api kecil takut meresap minyak pula...

Ni la versi cucur badak ranggup aq...
Tak pernah pun jadi ranggup.
Mungkin tepung kurang kot..
Tapi tang rasa boleh la kata HB. Hehehe...
Makan panas-panas bersama Milo suam...
Erm...layan sangat....
Maaf, aq tak sertakan resepi nya. Sebab aq main agak agak je....
Boleh tengok bloq yang lain-lain ye...

09 December 2019

Jalan Jalan di Pasar Payang Baru

Kalau datang ke Kuala Terengganu pasti kita tak akan melepaskan peluang ke Pasar Payang.
Yang aq pergi ni Pasar Payang Baru.
Lebih selesa berbanding yang lama..
Kat sini macam macam jualan ada.
Keropok keping, keropok lekor, sos, keropok goreng, baju kaftan, t shirt....
dan lain lain...
Meh layan gambar aq...









Ni la ubi kemili atau pun ubi keling
Teruja aq tengok
Harga RM6 sekilo, aq beli 1/2 kilo cukup la...
Nak masak apa ye ngn ubi ni...
Rasanya nak masa ikan keli gulai bersama ubi kemili ni....
Apa apa pun Korang
Layan Je...

JJCM @ Nasi Dagang Atas Tol

Hari ke 2 kami di Kuala Terengganu...
Orang kata tak lengkap kalau ke Kuala Terengganu tak mencuba Nasi Dagang Atas Tol ni..
Terletak di Kampung Atas Tol.
Selain di sini, Nasi Dagang ni mempunyai lagi 3 cawangan di Terengganu ni iaitu di
Padang Negara, Losong & juga Kubang Badak. Kiranya memang terkenal la Nasi Dagang ni ye...
Jadi seawal jam 6.30 pagi aq, abg n SIL dah pun pergi ke sini.
Bila sampai je punya la berderet kereta yang parking...
Ingat kan kami awal la kan...rupanya ada awal lagi...


 Yang aq beratur di belakang pakcik ni...
Yang ni Q khas untuk bungkus sahaja...
Yang kat bendera Malaysia tu untuk Q makan di situ...
Kalau korang makan & bungkus boleh je beratur di barisan tu...
Ambil makanan dah cari la meja.
Nanti pekerja mereka akan tanya apa yang kita nak minum jadi kat situ bagitau la apa yang korang nak bungkus . Bila dah siap makan korang pergi la ke meja yang cover pink tu cakap je no meja korang...Pekerja situ akan beri nasi yang korang bungkus tu...
Masa tu aq tak tahu lagi....masih berbaris panjang kat situ..
Punya la lama...menunggu...ye la kan...kot sorang bungkus 5-6 dah berapa kan....

 Sampai je sini cari la meja...Sorang cari meja sorang lagi beratur untuk membeli makanan...

 Ni no aq...Panjang kan...tp aq tak guna la sebab lepas tu aq order je bungkus kt meja..mudah kan
So kalau nk datang sini makan n bungkus...lebih makan dan bagitau nak buungkus juga kat orang yang ambik order minuman nanti....
Ramai je yang tak tahu...
Sorang berbaris nak makan yang sorang lagi untuk bungkus....
Jangan jadi macam aq nnt ye...

 Ni antara makan yang kami makan pagi tu
Nasi Dagang Lauk Ikan Tongkol...
Kuah dia asing...Yang ada cuma ikan tongkol dan telur rebus...
RM1.00 sebiji
Nasi Dagang RM4.00
Mee - tak pasti berapa
Kepok Lekor - RM0.60 sebatang
Teh Ais Ombak Rindu Gelas Besar - RM5
Ni SIL aq order....adoiyai...patut gelas kecik pun cukup la..tak habis minum
Gelas Kecik RM3.50
Gelas sederhana RM4.00
Gelas Besar RM5.00
Tapi kalau nk kongsi 3 orang berbaloi la kan...

Nasi dagang ni sangat sedap dan lemak yang tak berapa lemak jadi bila makan tak la rasa muak serta kuah gulai nya yang sedap likat melekat gitu...
Ingat makan ni tak kenyang rupanya kenyang sungguh minum pula dengan Teh Ais Ombak Rindu gelas besar...haaaaaa kau rasa....
Mee goreng nya juga sedap..Ada juga pulut kuning tapi SIL aq tak order...dan malas pulak nak berbaris panjang kan..
 Masa taip blog ni pun teringat ingat aq lagi Nasi Dagang Atas Tol ni...
Tak leh move on lagi...
hehehehe....

Teh Beng Ombak Rindu...
Buih dia sedap baq hang...
Kedai ni beroperasi setiap hari kecuali tutup pada hari Isnin dan Selasa.
Kalau la aq datang ke Terengganu lagi..pasti aq akan repeat di sini lagi...
Apa apa pun Korang 
Layan Je...

Pasar Malam di Tepi Sungai Pasar Payang


Selepas berjalan di Kontena Tok Jembal kami menuju ke Pasar Malam di tepi sungai Pasar Payang.
Parking kereta pun senang di sini...
Bermacam macam jualan yang ada...
Korang pilih je apa yang korang nak....

 Di sini aq beli Sosej Pulut RM2.50 sebatang dan juga
Keropok Lekor RM200


 Kerabu Maggi RM5 biasa 









Selain tu aq beli juga ayam gunting.
Pikah tanya..bukan ke ayam gunting ni ada kt KL juga...
hehehe...tak kisah la ni ayam gunting versi Ganu...
Selepas membeli kami pulang makan kt rumah je...
Badan pun dha letih, mata pun dah ngantuk kan
Jom...esok nak bangun awal pagi nak cari
Nasi Dagang Atas Tol...
hehehe...
Apa apa pun Korang
Layan Je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...