13 December 2019

Cucur Badak Ranggup

Disebabkan inti cucur badak masih berbaki lagi, cucur badak ni aq dah buat untuk sambutan makan perpisahan untuk Fatahul hari tu. Sayang la pulak nak dibuangkan.
Masih boleh dimakan lagi kerana aq letak di dalam peti beku tu...
Jadi balik je kerja pada hari selasa yang lalu gigih la aq membuat kuih ni.
Sebelum aq balik kerja, aq minta tolong my hb untuk kupas kulit ubi keledek ni.
Aq memilih ubi keledek oren kerana rasa nya yang manis.
Lepas tu aq rebus bercampur dengan sedikit garam...

 Ubi keledek yang dah empuk.
Aq tumbuk untuk mendapatkan ubi yang lebih halus.
Masa panas-panas kita dah buat nya kerana masa ni ubi lebih lembut.

 Campur dengan sedikit tepung gandum.

 Lepas tu aq bulat kan siap siap....


 Proses buat lubang.....


 Letak la inti nya pula...
Aq suka letak lebih inti...

 Katup kan doh...
Leper kan begini...
Lepas tu boleh la goreng dengan api yang sederhana besar...
Jangan besar nanti mentah belah dalam
Kalau api kecil takut meresap minyak pula...

Ni la versi cucur badak ranggup aq...
Tak pernah pun jadi ranggup.
Mungkin tepung kurang kot..
Tapi tang rasa boleh la kata HB. Hehehe...
Makan panas-panas bersama Milo suam...
Erm...layan sangat....
Maaf, aq tak sertakan resepi nya. Sebab aq main agak agak je....
Boleh tengok bloq yang lain-lain ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...