18 March 2020

Maggi Goreng Di Pagi Rabu 18/03/2020

Hari ini 18/03/20 sehingga 31/03/20 bermulanya perintah berkurung dek keran virus Covid-19 yang semangkin membimbangkan rakyat. Dan sepatutnya minggu ini aq akan pulang ke kampung tetapi aq terpaksa membatalkan niat kerana kebimbangan virus ini.
Dah la KL dan Selangor berada ditahap yang membimbangkan....
Kepada semua rakan rakan yang sudah pun merancang perjalanan anda mohon dibatalkan saja..
Kita tangguhkan dahulu ye...Bila dah reda semua keadaan pun dah baik pulih seperti sediakala boleh la kita mulakan semua aktiviti macam biasa.
Bagi syarikat tempat aq bekerja kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan..
Jadi hari ni kumpulan aq bercuti..so esok kerja...berselang selang la kiranya..
Jadi pagi pagi dan tentu la aq tak boleh nak keluar kan...
Aq pun masakan la maggi goreng untuk kami sekeluarga.

 Macam biasa sarapan pagi aq
Mesti semug essenso coffee, sepiring buah dan juga sepiring maggi goreng


Kalau nak tahu resepi nya, boleh la rujuk di post aq sebelum ni...
Jemput makan ye....
Kalau kita masak sendiri sekurang kurang nya kita dah tergolong didalam orang yang berjimat cermat...
Betul kan....
Layan...

Menu Makan Malam Hari Isnin 16/03/2020

Hari isnin malam lepas balik kerja aq buat menu yang paling mudah dan cepat.
Almaklum la lepas ni nak hantar anak ke pusat tuisyen.
Gigih balik kerja masak...
Makan dengan nasi panas memang layan tau...


 Ketam masak rebus

 Telur dadar lauk wajib backup kot ada yang tak menjadikan ketam lauk nanti...

Sambal belacan dan ulam timun jepun..

Pecah peluh makan dengan nasi panas pekena lak ngn sambal belacan....
Jom layan resepi ketam cara aq...

BAHAN - BAHAN NYA

3 ekor ketam
2 biji bawang merah - dihiris
2 biji cili kering - digunting
1 inci halia - dihiris
1 batang serai diketuk
Garam

CARA - CARA NYA

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk
2. Bila dah mendidih, masukkan ketam
3. Rasakan dengan garam
4. Masak sehingga ketam masak
5. Taburkan dengan daun sup
6. Siap..

Maggi Goreng Menu Pagi Isnin 16/03/2020


Hari ni di pagi isnin...
Aq macam biasa...
Sememangnya aq akan bersarapan dirumah saja sebelum pergi kerja.
Nikmatnya bila di makan bersama semug coffee essenso ......
Disebabkan stok maggi je yang ada....ni je la yang aq buat.....




Ni pinggan aq.....

Jom tengok resepi maggi goreng cara aq...

BAHAN - BAHAN NYA

5 keping maggi ( ku guna jenama cintan)
Semangkuk kecil udan
Semangkuk kecil kobis
2 biji telur - goreng hancur
2 sudu cili boh (cili kisar dah habis)
4 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam maggi
1 sudu serbuk sesedap rasa
3 biji bawang putih - di cincang

CARA - CARA NYA

1. Rebus maggi dah lembut siram di bawah laluan air paip dan tos kan
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
3. Masukkan cili kisar
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kiub ayam
5. Masukkan udang dan telur
6. Masukkan maggi kacau
7. Akhir sekali masukkan kobis dan serbuk maggi
8. Kacau sebati....Rasakan garam
9. Dah siap....

Mee Goreng FatBoi Menu Pagi Minggu 15/03/2020

Menu pagi ahad ni pula....
Mee Fatboi aka mee lidi
Bila buka je kabinet ada lagi sebungkus lagi rupanya mee fatboi ni....
Kali ni yang tinggal mee perasa asli.
Sedap tau mee ni....
Boleh tengok resepi mee ni dari post aq yang sebelum ni...




Yang ni pinggan aq...
Mee sepiring
Keropok sepinggan
Coffee essenso semug
Erm... Layan sungguh pagi pagi kan....

Menu Makan Tengahari Hari Sabtu 14/03/2020

Sampai je rumah setelah pulang dari berzumba.
Rehat kan diri sebentar...
Jom kita ke dapur...
Tung tang tung tang......
Siap dah menu tenghari ni....
Tenghari ke...selalunya weekend lunch pukul 3 ke atas...
hahahaha...adoiyai....


Telur sotong masak sambal ni aq dah buat pagi tadi..jadi ku paanskan je la
Sotong goreng kunyit
Ikan kembung rebus goreng.
wow.... layan lak nasi panas panas....
Jom tengok resepi sotong goreng kunyit cara aq...

BAHAN - BAHAN NYA

1/2 kilo sotong
Sayur kacang buncis
1 biji bawang hollen
2 biji cili merah
Serbuk kunyit
Garam
Ajinomoto

CARA - CARANYA

1. Sotong di letak garam, serbuk kunyit, ajinomoto - goreng
2. Buka api besar ye
3. Bila sotong dah layu masukkan kacang buncis, bawang hollen & cili merah.
4. Bila dah masak...tutup api
5. Siap....

Aerodance / Zafina Di Tasik Titiwangsa Pada 14/03/2020

Jadi dah siap masak...
Aq bersama teman teman ke Taman Tasik Titiwangsa
Jom bersenam bersama sama untuk menyihatkan badan...keluarkan peluh toksik tu kan...
Kali ni Tema : Putih
Dengan bayaran RM5 sahaja...
Pada jam 7.45 pagi - 8.45 pagi


Hari ni kami berempat
Me, Kiah, Kak Ani & Emma







Bersama dengan 2 orang coach....


Mereka ni sporting sangat...
Ok la boleh la join group ni...
step yang mudah je....

Dah jom balik...
Lepas ni apa lagi...
Jom p kedai kuning untuk mengisi perut...
Kih kih....
Minggu ni minggu terakhir kami ke sini sehingga la COVID-19 ni dah reda sikit.
Lagi pun tak berapa ramai orang ke taman tadi.
Masing masing mengambil langkah berjaga jaga....
Jom...
Layan...

Telur Sotong Masak Sambal Lauk Hari Sabtu 14/03/2020

Hari ini sabtu macam biasa...
selalunya hari sabtu kami ke Taman Tasik Titiwangsa...
ada zumba terbuka kepada orang ramai.
Jadi nya pagi pagi selepas solat subuh...gigih aq menyiapkan menu ini untuk anak anak kat rumah.
Untuk Fatahul selalunya dia minta bukus je.
Nak makan di Restoran Nasi Lan Kedah.
Bawa bekal la senang cerita.



Ni la dia telur sotong masak kari.
Telur ni aq beli hari tu..ada berbaki lagi...
Kot ada yang tengok post aku yang lepas kan...sebelum ni aq masak kari kan....
Jom layan resepi telur sotong masak sambal cara aq....

BAHAN - BAHAN NYA

Telur sotong
4 sudu cili kisar - disebabkan dah habis aq guna cili boh je(jenama tamadun)
3 sudu bawang kisar ( merah & putih) 
Minyak
Garam Gula
1 biji bawang merah di mayang

CARA CARA NYA

1. Tumis bawang kisar sampai garing
2. Masukkan cili kisar tumis sampai garing
3. Masukkan gula garam dan sedikit air
4. Masukan telur sotong jangan kacau selalu nanti telur pecah pula..
5. Masukkan bawang yang di mayang
6. Dah pun siap

**Note : Selalunya aq suka simpan stok cili kisar dan juga bawang kisar
Ku buat untuk seminggu punya masak.
Mudah la kan..aq yang bekerja ni dah tentu tidak mempunyai masa nanti.

Aerodance Bersama Coach Azam di Azmass Pro Fitness 12/03/2020

Hari ni khamis macam biasa ada kelas bersama dengan Coach Azam di Azmas Pro Fitness
Hari ni dah sehari ke sana sini.
Pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri di Jalan Duta & Kolej Matrikulasi Banting.
Alhamdulillah semua dah selesai...
Baru la aq rasa bersemangat sikit kan...
Kelas ni bermula pada jam 8.00-9.00 malam





Malam ni hanya aq n Kak Ani je
Yang lain sibuk dengan urusan masing masing...



Bersama sama dengan Coach Azam dan juga teman teman yang lain....
Jom bagi yang berkelapangan...
Boleh bersama sama dengan kami....
Layan...

Sotong Masak Sambal Buat Anak Anak Di Rumah 12/03/2020

Hari ini aq n my hb cuti..
Ada urusan di Jabatan Pendidikan Negeri dan juga nak ke KMS..
Disebabkan Fatahul tak kerja hari ini...
Alif pula bersekolah...ku masakkan sotong sambal buat mereka dirumah...
Mudah kan...tak susah mana pun.
selain boleh berjimat juga kan....
Siap je masak aq & hb terus ke destinasi yang dituju....



Ni sotong katak...bukan sotong panjang tu...
Hish...seriyau dengar nama sotong tu...
tapi tu la nama sotong yang ku tahu...
Aq suka sotong ni sebab isi nya yang keras bila di masak....
Sotong ni dikirim dari Nurin masa beliau ke Labuan dahulu..
Sekilo RM15.00 je...
Memang puashati....
Jom layan resepi cara aq...

BAHAN - BAHANNYA

1/2 kilo sotong ku potong memanjang
3  sudu cili kering
2 biji bawang merah - di kisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar yang di mayang
Gula
Garam
Minyak

CARA - CARANYA

1. Tumis bawang sehingga garing
2. Masukkan cili kisar
3. Bila dah garing dan pecah minyak..
4. Masukkan garam dan gula
5. Masukkan sotong goreng garing..sotong jenis ni tak berair sangat jadi tak perlu rebus dahulu sotong tu.
6. Masukkan bawang yang dimayang
7. Kacau sebentar dan tutup api.
8. Siap...

Makan Malam Hari Isnin 09/03/2020

Hari isnin..balik je kerja ku pun masuk la ruangan kecil dapur ku ini.
Apa lagi kelentang kelentung ku masak.....
Siap....

Udang Masak Sambal
Ikan kembung rebus goreng
Telur dadar...

Udang sambal


Ikan kembung rebus goreng
Kali ni tak letak bawang ngn cili...

Telur dadar

Bila ku up dalam status whatsapp..
My jiran datang menghantar semangkuk lala masak lemak cili api...
Wah...apa lagi bertambah la nasi makan malam kami....
Tq jiran...

Lepas je makan kena la cepat cepat menghantar Alif ke tuition pula....
Jom...
Alhamdulillah...sudah pun kekenyangan...
Layan...

Menu Hari Minggu ~ Telur Sotong Masak Kari


Selepas pulang dari latihan badminton, terus pecut ke dapur tempat yang paling aq suka.
Jom tengok apa ada dalam peti ais tu kan....


Ni la dia, telur sotong masak kari.
Ada orang tak berapa suka tapi aq suka bangat.
Telur sotong ni ku beli dengan harga RM25.00 sekilo.
Banyak juga la dapat kan....

Yang ni ikan kembung rebus goreng...
Potong bawang cili...
Perh sedap nya...
Dengan nasi panas panas layan ni je pun dah cukup

Tembikai...
Selalu aq makan mesti ada buah sekali.
Baru best....
Bila dah siap masak...siap makan...boleh la nak berehat kan
setelah seharian penuh dengan aktiviti kan...
Layan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...