11 January 2023

Menu Tengahari Ahad @ 08/01/2023

 Tengahari buka lagi esbox tengok apa lauk yang ada.
Cadangnya nak ke pasar dengan Nadia tapi dah along datang tak jadi aku nak ke pasar.
Jadinya aku masak la apa yang ada dalam esbox tu....
Ku keluarkan ayam, hati / pedal ayam dan kaki ayam...
Kaki ayam aku rebus sampai embuk.... aku cuci bersih dan ku masak sup...
Sikit sikit nya dapat juga 4 menu aku hari ni....



Hati / pedal ayam aku buat goreng kunyit sos tiram...
Selalu beli ayam dapat hati pedal aku asingkan dalam bekas yang lain.
Bila dah banyak baru aku masak sekali...


Kaki ayam selalunya aku akan rebus sampai empuk cuci dan aku masak kan sup kaki ayam...
Kolegen orang kata makan kaki ayam ni....


Ayam pula aku jadi akan ayam goreng bersalut tepung...
Berselera anak anak makan


Lebihan buncis semalam.
Ku habiskan goreng tumis dengan telur....

Alhamdulillah....syukur rezeki mu Ya Allah...



Sarapan Pagi Ahad Kami @ 08/01/2023

 Kebetulan Along datang semalam.
Lepas je hb pergi kerja. Aku teruskan menyiapkan juadah untuk dirumah pula.
Tengok dalam esbox apa yang ada.... 
Aku masak seadanya...
Ku lihat keropok yang Kak Ani bagi hari tu ada lagi separuh paket. 
Ku goreng bagi habis.. kalau di simpan nanti berkulat pula.
Semalam along datang bawa pulut kuning daging rendang.... ku kukus semula...
Lembut jadi nya pulut kuning tu....
Ku buatkan juga cucur kucai...boleh la cicah dengan kari daging semalam...sayang nak buang kari tu...
Ada juga berbaki sedikit maggi goreng tu lebihan bekalan hb dan juga Fatahul...
Ku hidangkan juga dengan cheese tart untuk Along....


Alhamdulillah.... Terima kasih Ya Allah rezeki untuk kami pagi ini....

Bekalan Hari Ahad @ 08/01/2023

 Bekalan hari ahad untuk hb dan Fatahul.
Hari ni aku masak maggi goreng daging dan juga cokodok pisang untuk mereka.
Makan macam ni je ye... nanti balik petang ni makan lagi kataku.
Baik mama....

Maggi goreng
Cokodok pisang
Cheese tart
Air mila dan juga kopi....

Menu Makan Tengahari Sabtu @ 07/01/2023

 Lambat hari ni aku masak tengahari. Dalam kul 2.30 baru nak mula.
Selepas aku siapkan tempahan cheese tart Ida... aku solat zohor. Lepas tu baru la mulakan memasak.
Jadi la lauk macam ni. Patut nya aku kena hantar Nadia pergi Bangsar tapi tak sempat. Nadia pergi sendiri dengan LRT. Bila aku siap masak dalam pukul 4 aku terus ke Bangsar ambil Nadia yang balik jam 4.30 ptg. Jem nya jalan rupanya baru aku tahu ada perlawanan bola antara Malaysia dengan Thailand. Aku memang tak mengikuti perkembangan bola sepak. Sebab aku tak minat...hehehehe...


Ini la lauk yang aku masak...Simple dah la
Orang kata kalau nak jimat makan sayur je... Bagi aku la ni sayur pun mahal...Apatah lagi lauk pauk nya... orang kata biar la berbelanja masak makan dengan berhemah kan...

Menu aku cuma ikan pelaling goreng, sotong sambal dan juga buncis tumis telur.
masa aku nak keluar rumah terserempak dengan Fatahul yang baru balik kerja dengan hb.
Nampak je aku...terus teriak mama dah masak ke...orang lapar ni.
Alahai kesian nya... banyak kali aku pesan kat Fatahul nanti jangan nak meminta minta... Abah tak berapa nak maju lagi jualannya. Makan je bekalan mama ni ye...
Fatahul akur je.... Memang betul ku tanya hb, Fatahul ada ke meminta minta... hb kata takde...Walaupun diajak makan kata kedai kata nya takpe la tak mau...
Bila ku dengar macam tu, air mata aku bergenang...lantas ku sapu dari ianya terus jatuh.
Terharu aku dengan anak anak yang memahami keadaan ku ini....
Terima kasih Ya Allah....

Cheese Tart Order Dari Ida

2 Hari lepas Ida WA aku....
Kak... nak order cheese tart 3 box... Aku kata kan...ok.....
Lepas tu pagi sabtu Ida mesej lagi... Kak nak 4 box la....
Alhamdulillah rezeki masuk lagi....
Terima kasih Ya Allah... rezeki yang tak salah alamat nya.....
Kebetulan kami pun dah lama tak makan cheese tart ni.... So kira dapat la kami merasa nya juga...
Dah ada Fatahul ni... boleh la Fatahul makan sekali kan...
Selalu nya aku akan siap kan shell tart sehari awal. Tapi disebabkan hari jumaat aku memang tak larat nak bangun. Bila aku sakit tekak macam ni la teruk nya...
Lepas je makan ubat aku terus lena. Tapi hari sabtu tu dh rasa ok sikit... Ku gagahkan jua menyiapkan tempahan Ida. Dah la cheese tak beli lagi... Pagi pagi aku dah bangun buat shell tart tu bukan la senang nak tunggu shell tu masak... Bila tray yang terakhir aku tinggalkan... Terus ke Hero membeli cheese dan juga sedikit sayur untuk makan tengahari nanti...
Mula mula Ida nak pukul 2 tapi aku kata pukul 1 la....
Nasib baik...rupanya aku tak dapat nak siap kan dalam pukul 1.
Ngam ngam pukul 2 baru settle. Itu pun Ida dah mesej tanya, cheese tart mana kak...
Allah... Maaf Ida... Alif dah otw hantar...


Cheese tart aku ni, cheese tart bajet je...
Sekotak RM30 ada 25 biji. berinti kan jem blueberry....
Syukur...Ya Allah rezeki hari ini...

Bekalan Hari Sabtu @ 07/01/2023

Ini bekalan untuk hb dan Fatahul. Hari ni Fatahul akan menemani abahnya bekerja. Hari pertama untuk Fatahul. Ku buatkan yang simple je mudah untuk mereka makan. 
Ku bekalan kan juga air kopi dan juga milo untuk mereka. 
Lepas je siap masak, tapau kan... dan bersolat subuh aku sambung balik tidur.
Badan pun tak berapa sihat. Demam, batuk, selsema. Tapi ku gagahkan juga masak.
Lepas je makan ubat aku lelapkan mata sebentar. Pagi nanti nak bangun lagi nak buat tempahan cheese tart untuk Ida.....


Nasi goreng, cucur kucai, kopi dan milo panas untuk mereka....

 

05 January 2023

Bekalan Kami Hari Khamis @ 05/01/2023

 Salam Khamis... sekejap je. Esok dah hari terakhir bekerja.
Lepas tu cuti 2 hari, hari minggu kan... Cepat betul masa berlalu...
Hari ni macam biasa aku bangun seawal jam 4.00 pagi.
Hari ni menu simple je.... Janji kenyang....
Untuk aku dan hb, sarapan kami cuma roti bersama dengan telur mata.
Aku letak kan sos cili dan juga mayo...
Manakala makan tenghari hb cuma la sandwich telur. 
Tapi untuk makan tenghari aku dan juga Alif, Fettucine Bolognes.
Lama dah aku tak buat pasta ni untuk anak anak... Kalau nak makan kat kedai seset pasta dalam anggaran RM10-15. Kalau buat sendiri boleh la kita letak apa yang kita suka. 
Kat esbox aku takde daging atau pun ayam kisar. Tapi aku ada daging pejal... Aku potong daging tu kecil kecil...dah jadi daging kisar... jimat pun jimat kan..... hehehehe....
Sama je kan...


Alhamdulillah menu kami hari ini seadanya....
Semoga kami kenyang sampai ke malam....
Amiin....

04 January 2023

Bekalan Kami Hari Rabu @ 04/01/2023

 Hari ni takde tempahan. Aku masak untuk keluarga ku. 
Macam biasa la seawal jam 4.00 pagi aku dah bangun. Orang tanya rajin nya bangun awal awal pagi.
Entah la mata aku ni memang dah set kul 4.00 je mesti terjaga. Salu orang kata terbabas la lambat bangun la tapi tak pernah pula bagi aku..... Lagi lagi bulan posa...elok je aku bersahur...
Gigih dari semalam aku siapkan udang masak sambal. Jadi pagi ni tinggal aku panaskan je la udang sambal tu. Cucur bawang ikan bilis pun aku siap siap bancuh masuk dalam peti. Bangun pagi tinggal aku goreng je lagi.....

Ni antara bekalan aku, hb dan Alif.
Semenjak hb buat kerja sendiri ni.... kami sekeluarga kena la berjimat cermat. 
Aku bekalkan untuk hb tak la hb kelangkabut nanti. Bila terasa lapar makan je bekalan yang aku bekal kan tu. Alif pula aku cuma bekal kan cucur dan juga kek. Mudah untuk Alif makan nanti.
Untuk aku sama juga la macam hb cuma portion tu aku kurang kan... Aku tambah dengan sayur campur.
Disebabkan hb tak makan sayur kobis.. aku cuma bekal kan tauhu goreng kunyit je la untuk hb...
Alhamdulillah..semoga kami kenyang sehingga ke malam...

Dinner Kami Semalam @ 03/01/2023

 Balik je kerja aku terus keluarkan ikan keli.
Goreng garing garing. Semalam aku dah pun sediakan sambal cili api yang dah siap siap aku kisar.
Balik kerja semalam tinggal nak tumis je lagi.
Masak nasi panas panas... kena pula lauk macam ni.
Berselera hb dan Nadia makan. Mama tak makan ke tanya Nadia.
Tak la mama diet...hehehe...
Alif pula tido kepenatan sebab semalam bermula nya sesi persekolahan yang pertama.
Alif bangun dalam kul 10.00 malam.
Mama ni lauk sapa.... tu lauk Alif...Alif habiskan la ye....
Cuci pinggan n kemas meja lepas makan.
Ok mama.... 
Aku pula lepas je solat isyak.... lena diulit mimpi.....
Penat seharian mata berjaga lebih dari 18 jam...
Erm.... ni la orang kata...mak mak la sangat kan...
Berkorban demi keluarga....


Ikan keli goreng masak sambal belado.... 
Goreng garing dan kering kering macam ni....
Alhamdulillah.... syukur pada Mu... nikmat rezeki yang dikurniakan...

Customer Repeat Order ~ Roti Jala

Pada sebelah malam nya.... Kak Liza mesej lagi.
Shima... akk nak lagi la roti jala. Kuah banyak ada ni. 
Bila akk nak tu. Esok pagi boleh ke...
Boleh kak... Akk nak 1/2 kilo tepung je ye.... Ok kak....
Kalau customer nak awal pagi... selalu nya bancuhan tepung tu aku dah sediakan waktu malam.
Esok pagi tinggal nak menjala je lagi. Kalau kita diamkan semalaman dalam peti ais, Jalaan nya lagi cantik dan halus dan roti tu terasa lembut nya.
Jadi nya seawal kul 4 pagi aku dah bangun sediakan makanan untuk kami. Aku cuma buat kan nasi goreng je. Siap masak nasi goreng aku teruskan menjala... Sebelum azan subuh berkumandang... Siap lah jalaan ku 1/2 kilo tepung..... 


Setengah kilo tepung RM15.00 je

Makin lama makin cantik jalaan ku. Halus jek...
Hehehe puji diri sendiri. Practice make perfect... tak gitu...
Hehehe... alhamdulillah....kul 7.15 pagi aku dah hantar ke rumah Kak Liza....
TQ kak..... 

Tempahan Roti Jala Sahaja

Roti jala order hari isnin 02/01/2023.
Tq Kak Liza. 

Kak Liza lihat status aku di whatsapp. Bila beliau melihat nya terus Kak Liza mesej aku.
Bertanya kan macam mana aku kira sekiranya beliau ingat menempah roti jala.
Setelah aku memberikan penjelasan kepada nya. Kak Liza bersetuju untuk menempah sekilo tepung roti jala sahaja. Kuah nanti akk buat sendiri kata nya. Ok la tu mudah dah kerja aku. 
Dalam kul 12.30 siap tempahan Kak Liza.
Aku suruh Alif hantar ke rumah nya. Jalaan aku tak la besar dan tebal.
Dalam sekilo tepung ni dapat la dalam anggaran 98 biji....


Siap sekilo tepung roti jala tempahan dari Kak Liza.
TQ kak... Alhamdulillah....Syukur...

Roti Jala Kari Ayam ~Tempahan Di Ambang Tahun Baru 2023

 Lepas je terlelap ayam (ada ke peribahasa macam ni) hehehehe...
aku bangun sambung menjala... nak ikut kan bukan senang weh nak menjala 2 kilo tepung...
Pagi tadi dah buat sekilo tepung, tghr ni sambung 2 kilo.
Nak tumpor kaki berdiri lama lama kata orang Perak.
Tapi ye la dah nama nya rezeki tempahan orang kita buat la juga. 
Lagi pun Nabil nak makan roti jala bersama sama dengan keluarga nya sambil menyambung tahun baru malam ni. dekat 2 jam lebih juga la aku menjala..... 
Menjala roti jala ni... makin lama makin syok... cuma nya tak tahan kaki kejang la berdiri lama....


Roti jala kuah kari ayam

Roti jala untuk sekilo tepung ni boleh la dapat dalam anggaran 80-90 biji.
Aku jual roti jala tak kira biji. Aku kira sekilo tepung senang.
RM30.00 untuk sekilo tepung...

Kuah kari ayam pula aku kira RM30.00 untuk setengah ekor ayam yang di cincang kasar bersama dengan kentang.... Rata rata feedback yang positif dari customer yang beli roti jala ku ini.
Alhamdulillah....rezeki dari Mu...

Sarapan Pagi 31/12/2022 Hari Terakhir Di Tahun 2022

Cerita pagi sabtu aku.... Pagi pagi lepas subuh terus buat roti jala.. Nanti si Nabil nak datang bersarapan kat rumah. Mengidam nak makan roti jala kari ayam kata nya. 
Bila buka esbox tengok ada lagi karipap frozen pemberian Emma yang tak bergoreng. Aku pun goreng juga la karipap sardin ni...Buat kan teh o untuk nya....
Lepas je mereka bersarapan, aku pun sarapan pula bersama hb.
Lepas makan sambung tido....
Hehehe hari minggu la katakan....Sebab nya nak sambung menjala 2 kilo tepung pula... 


Sarapan pagi seadanya.....

27 December 2022

Menu Hari Isnin @ 26/12/2022

 Hari ini hari isnin. Tapi hari ni masih cuti lagi bersempena cuti krismas yang jatuh pada hari ahad.
Bila hari isnin sampai la jumaat hp aku memang dah setting alarm seawal jam 4.30 pagi. 
Semalam lupa nak off. Bila alarm dah bunyi aku pun bangun je la. Mata pun tak berapa ngantuk.
Pikir juga apa la nak masak ni. Pagi ni aku ngn hb nak keluar ke Pandamaran ada urusan. Budak ber2 ni tak kan bangun awal pagi. Erm... baik aku masak terus menu tengahari.


Jadi la ni dapat 3 menu........


Talapia 2 ekor yang aku beli semalam aku potong 3.
Bahagian tengah dan ekor nya aku masak sambal.

Sayur bayam masak bening...
 
Kepala nya aku goreng garing macam ni je...
Senang nak ratah kan....
Dah siap masak, siap hidangkan...Aku dengan hb pun keluar.


Menu Hari Ahad... Marry Chrismas @ 25/12/2022

Lepas je solat subuh aku mengajak hb ke Pasar Din di Taman Medan...
Cerita ku sebelum ni DI SINI
Rasanya lama dah aku tak ke pasar din ni. Sebabnya malas nak bangun pagi pagi tu. 
Tapi bila di pikir kan kat dalam esbox tu takde dah lauk yang lain kecuali ayam. Kadang bila tengok ayam dah rasa jemu dah. Kalau nak ke pasar din harus la awal awal pagi. Kalau lambat dalam kul 8 gitu ada la yang tinggal cuma ikan je udang sotong selalunya akan habis awal.
Bila sampai kat pasar tu.... perkara pertama aku cari udang dan sotong dulu.....
Lagi pun 2-3 hari ni Alif asyik cakap nak makan patin tempoyak je.... Nak ke Temerloh makan kos lagi tu. Baik la mama buatkan untuk Alif.
Pada hari tu aku beli udang saiz L, udang kertas, ikan pelaling, ikan tongkol putih, ikan patin seekor, ikan talapia hitam 2 ekor, ikan keli, sotong dan juga daging. Kalau nak ikut kan aku dah jadi syok dah ambik buh dalam plastik tapi pikir esbox aku tu tak la besar mana pun..... cukup la tu.....
Dalam hati bajet dalam Rm150.00 dah.... tapi bila di kira cuma RM84.40 je kesemuanya....
Berbaloi kan... Cukup la lauk tu masak untuk 2 minggu dah tu...tu pun kalau hari hari aku masak la...
Kalau tak bertahan lagi lama tu... Hehehehe.....
Sampai calar juga la jari dan tapak tangan aku dan hb.... Nak siang ikan talapia bukan senang sirip nya yang keras tu dengan sisik bila di sisir berterbangan fuh....mencabar betul... 
Nak ikut kan ada je perkhimatan menyiang ikan kat Psar Din tu... tapi korang tau la ramai orang... Malas la aku nak menunggu nya.... setiap sorang bukan sikit hasil belian tu.... kena la tunggu.... Aku malas nak tunggu...Kita siang kat rumah je la cakap aku kat hb....Pastu bila kami dah siang ikan tu...Lain kali lama ke panjang ke kena siang juga....kita takde parang tajam besar nak tetak ikan tu.....Hahahaha... next time hb kata.....

 
Siap dah menu aku jadi la dapat 4 jenis kan



Patin masak tempoyak...
Buat sendiri aku buh lebih tempoyak tu......1st time aku masak tempoyak. Alhamdulillah semua orang suka.... lain kali mama buat lagi ye.... kalau gitu kena la simpan stok tempoyak selalu...Ikan patin tu pulak aku cuci dengan tepung...rendam sekejap..hilang dah bau hanyir ikan patin....
Berselera Alif makan... rasa nya dekat 5x Alif makan....

Pucuk paku tumis...aku buh udang kertas....
Licin juga


Ikan patin seekor tu dapat 8 ketul.
Bahagia tengah aku goreng garing...
Cicah lak dengan cili api kicap.....


Ikan belanak ni aku beli 3 hari lepas...buh garam kunyit....
aku letak dalam esbox biasa tu je lupa nak goreng.... Lagi sedap rupanya....
Bila garam dan kunyit dah sebati.... sisiknya aku tak buang...
Xmas orang tanya tak p mana mana ke...
Malas la aku....penat dah ke pasar balik pasar siang ikan lagi..Masak....
Hari ni nak rehat je la.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...