11 January 2018

Konvokesyen Dan Anugerah Cemerlang Kali Ke 2 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 12 Kg Changkat Chermin Pada 17/12/2017 ( Ahad )

Assalammualaikum,....
Hari anugerah cemerlang dan konvo kali ke 2 MTQ Addin 12 di Hotel D Iskandar, Bandar Sri Iskandar. Kali ni buat di hotel berbanding tahun 2016 hanya buat di sekolah saja.
Kali ni MTQ Addin 12 mengadakan acara berprestij ini di hotel, satu pencapaian yang membanggakan pihak kami selaku ibu bapa.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis yang gah ini....ribu riban juga la ye kos nya.. Ini adalah anugerah yang terakhir yang Fatahul terima di MTQ Addin 12 sebelum meneruskan pengajian ke MTQ Addin 00 di Kg Tualang Sekah, Malim Nawar. Acara majlis bermula se awal jam 8.30 pagi.


Ucapan dari Mudir MTQ Addin 12, Ustaz Haizat

Ucapan dari menteri besar Perak.

Alunan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh Fatahul dan kawan nya..


Fatahul menerima anugerah tempat ke 3 pelajar cemerlang bagi tingkatan 3, 
Tahniah adik...mama bangga dengan adik...






Kami sekeluarga...


Bersama dengan Ustaz Rafie, Ustaz yang mendidik Fatahul dari Tingkatan 1 - 3.
Yang banyak bersabar dan mendidik Fatahul hingga berjaya dan menjadi huffaz muda dalam usia 14 tahun. Memulakan pengajian di MTQ Addin 12 berumur 13 tahun dan menamatkan penghafazal selama 1 tahun 10 bulan. Terima kasih selama ini menbantu anak murid ini sehingga berjaya...Hanya Allah saja yang membalas segala budi ustaz ustaz di MTQ Addin 12.. Dan seterusnya Fatahul akan menyambung pengajian ke marhalah 2 di MTQ Addin 00 Kg Tualang Sekah, Malim Nawar. Semoga ilmu yang disampaikan digunakan sebaik mungkin dan sentiasa mengharumkan nama sekolah...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...