08 August 2018

Melawat Fatahul @ MTQ Addin 00 ~ 05/08/2018


Assalamualaikum.... 
Lepas je balik dari Kundasang, aq hantar mak pulang ke kampung.  Boleh la melawat Fatahul kat sekolah dia... Sepatutnya hari yang aq pulang dari Kota Kinabalu tu adalah hari outing Fatahul... Jadi Fatahul terpaksa duduk di sekolah saja.  Hari ahad pagi pagi lg aq dh menuju ke sekolah untuk berjumpa dengan Fatahul.  Sebelum tu tergerak hati nak bungkus kan nasi lemak ayam rendang untuk Fatahul. Sampai je di sekolah,  Fatahul takde,  dia keluar bersama sama dengan Ustaz Tadri pergi kenduri.. Erm.. Takpe la,  aq ckp kat hb nnt kita singgah. Sekarang jom kita p cari durian kat Jln Kampar.. Keluar je dari pagar sekolah kereta kami berselisih... Fatahul pun turun dari kereta bersama dengan Fakrullah... Rupa nya baru balik dari menziarahi orang meninggal dunia... Begini lah anak anak tahfiz sentiasa diajar ilmu keagaman dan jati diri... 

Mama : Adik dah sarapan? 
Fatahul : Belum sebab pagi tadi tak sempat makan. 
Mama : Nasib mama bawa nasi lemak.. 

Jadi layan je mereka ber2 makan... 



Fatahul dan Fakrullah adalah anak didik MTQ Addin 12, Cawangan Changkat Chermin.  Meraka bermula dari Tkt 1-3. Di panggil marhalah 1. Disini mereka diterapkan dengan mengaji, menghafal Al-Quran. Selepas itu meraka menyambung pengajian di MTQ Addin 00, cawangan Tualang Sekah, Malim Nawar selama 2 tahun,  in sha allah... Sekarang mereka di tkt 4 dan tahun 2019, tkt 5. Ini dipanggil marhalah 2. Disini selain mengaji mereka diajar akademik iaitu subjek Math, Bm,  Bi,  Ba, dan Sejarah selain subjek subjek agama yang lain... 
Jadual hari mereka memang padat tetapi mereka masih mempunyai masa untuk riadah tak la terus terusan belajar. 
Mama doakan semoga adik terus sukses dimasa akan datang dan mencapai cita cita dan membanggakan semua orang...

Apa apa pun korang
Layan Je... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...