13 September 2018

Hari Pertama Nadia @ UPSI ~ 01/09/2018

Assalamualaikum...
Hari ni pendaftran kakak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim. Kakak ditawarkan kursus ISMP (Kimia) Dengan Kepujian selama 4 tahun di Fakulti Sains Dan Matematik. Akhirnya setelah melalui 2 kali ujian, kakak berjaya ditawarkan. Jadi dengan rasminya kakak menjadi salah seorang Anak Kandung Suluh Budiman.
Masa pendaftran adalah jam 2.30 - 4.30 ptg iaitu sessi 4
Jadi kami bertolak dari KL jam 12.30 tghr.
Disebabkan highway PLUS jem, kami tiba di UPSI Kampus Sultan Azlan Shah jam 3.00 ptg.
Ramainya pelajar dan ibu bapa yang sudah tiba.
Rupanya banyak lagi pelajar sessi 3 tidak selesai lagi.
Semua pelajar berkumpul di Dewan Tuanku Canselor (DTC)


Kakak di hadapan DTC

Lorong Red Carpet kih..kih...kih... Parents boleh je nk masuk dalam tapi kena ikut tangga kiri atau kanan, lorong ini dikhaskan pelajar sahaja.

Kakak : Mama, org ikut mama la naik tangga
Fasi : Tak boleh dik, adik ikut jalan ni, parents naik ikut tangga

Ramai kan students tapi ini masih sessi 3
Kakak habis pendaftran dalam jam 6.00 ptg.
Lepas dah tahu Kolej, apa lagi jom cari kolej...

Keluar je DTC mmg akan jumpa mercu tanda ni, aq tgk ramai yang ambil gambar, aq apa lagi layan dulu....

Walaupun dah pukul 6, cuaca panas terik..

Bila HB ambil gambo dia tak sedar tangan tertutup camera, kami ni main tgk je camera padahal tak tau la nampak ke tak, tu yg muka berkerut tu dek kerana panahan cahaya matahari.

Kakak di tempat kan di Kolej Ungku Omar (KUO) Block 1,
Jadi kami pun pergi la ke blok 1 dah turun semua barang dari kereta, fasi pun datang, dia kata semua pendaftran di blok 4, blok 1 takde kosong dh penuh.
Aq dan kakak pergi ke blok 4 untuk sessi pendaftaran n my HB terpaksa memasukkan semua barang barang ke dalam kereta dan pergi ke blok 4....erm...takpe sabar...sabar....ni semua dugaan...

Bila dah dapat kunci bilik, kami pun mengangkut la semua barang barang ke blok 4 nasib dapat kt gf jek, keje mudah la kan, kakak yg memang dah kelaparan kerana dari tghr tak makan lagi, nasib mama dah siap bungkus nasi kan...
Besar kan bilik KUO ni

Bergambar bersama parents pelajar yang lain,
Cantik kan kaler bangunan ni, mcm Legoland..hehehe...

Lepas je bergambar kami pun pulang, tapi sebelum tu aq hantar kakak balik ke DTC kerana ada sessi taklimat pelajar, so bertapa la kakak kat situ setiap hari dari pagi sampai ke mlm selama seminggu. Selama seminggu ni makan di taja oleh pihak UPSI, jadi jimat la duit kan. Kot tak silap kakak kata ada 5x makan, haaaa byk kan...hahahaa
tp dr tarikh aq mengupdated cerita ni kakak sudah pun pindah kolej, sekarang kakak tinggal di Kolej Aminuddin Baki (KAB).
Dan selepas semua nya selesai, aq meneruskan perjalanan ke Ipoh dan terus pulang ke kg.
Apa-apa pun Korang
Layan Je..

10 August 2018

Upside Down House Melaka


Assalamualaikum...
Cerita pasal rumah upside down Melaka.  Rumah ni sebenarnya dah lama wujud kat Melaka ni cuma aq je yg tak pergi.. Kali ni pergi ke Melaka aq bawa mak sekali jadi salah 1 tempat yang kami lawati. Bagi yang tak pernah sampai ke sini senang je nak cari iaitu berhadapan dengan Taming Sari.  Kalau pakai waze berpusing pusing la waze bawa sebab banyak jalan sehala tapi kalau jalan kaki terus je.... Berdekatan juga dengan downtown setiap hari sabtu tu ye.. 
Harga tiket :
Dewasa : Rm18
Kanak2 : Rm11
Warga mas : Rm11.00
Kalau dh masuk ke sini harus la kena buka kasut simpan didalam bakul yang disediakan... 
Bila nak bergambar pulak mereka siap bagi arahan jangan bergambar tegak macam tiang bendera tu,  mau ada gaya... Aq mana la retikan.. Pastu akan ada staff mereka yang offer diri untuk tolong ambilkan gambar dan siap suruh buat gaya lagi... So kita ikut je la.. Sebab kot tgk gambor aq... "shima pandai nya korang buat gaya" Hehehe mereka tu tak tau hanya lakonan semata mata... 
Meh le layan... 


























Erm... Menarik bukan... Kalau korang rasa teruja moh ler kita ke Upside down house... Tak rugi aq habak hang.... 
Aq rasa sesi bergambar cuma mengambil masa 20 minit settle... Senang kan x la tertangkap org sekali dlm pic kita ni.... Staff mereka akan bawa sekumpulan sekumpulan... Bila dah cepat settle bergambo cepat la kita keluar kan... Hahaha... Pandai tul taktik depa kan.. Wat apa tunggu lama lama baik layan gambo yang korang dah ambik kan... 
Apa apa pun korang
Layan Je... 

08 August 2018

Melawat Fatahul @ MTQ Addin 00 ~ 05/08/2018


Assalamualaikum.... 
Lepas je balik dari Kundasang, aq hantar mak pulang ke kampung.  Boleh la melawat Fatahul kat sekolah dia... Sepatutnya hari yang aq pulang dari Kota Kinabalu tu adalah hari outing Fatahul... Jadi Fatahul terpaksa duduk di sekolah saja.  Hari ahad pagi pagi lg aq dh menuju ke sekolah untuk berjumpa dengan Fatahul.  Sebelum tu tergerak hati nak bungkus kan nasi lemak ayam rendang untuk Fatahul. Sampai je di sekolah,  Fatahul takde,  dia keluar bersama sama dengan Ustaz Tadri pergi kenduri.. Erm.. Takpe la,  aq ckp kat hb nnt kita singgah. Sekarang jom kita p cari durian kat Jln Kampar.. Keluar je dari pagar sekolah kereta kami berselisih... Fatahul pun turun dari kereta bersama dengan Fakrullah... Rupa nya baru balik dari menziarahi orang meninggal dunia... Begini lah anak anak tahfiz sentiasa diajar ilmu keagaman dan jati diri... 

Mama : Adik dah sarapan? 
Fatahul : Belum sebab pagi tadi tak sempat makan. 
Mama : Nasib mama bawa nasi lemak.. 

Jadi layan je mereka ber2 makan... 



Fatahul dan Fakrullah adalah anak didik MTQ Addin 12, Cawangan Changkat Chermin.  Meraka bermula dari Tkt 1-3. Di panggil marhalah 1. Disini mereka diterapkan dengan mengaji, menghafal Al-Quran. Selepas itu meraka menyambung pengajian di MTQ Addin 00, cawangan Tualang Sekah, Malim Nawar selama 2 tahun,  in sha allah... Sekarang mereka di tkt 4 dan tahun 2019, tkt 5. Ini dipanggil marhalah 2. Disini selain mengaji mereka diajar akademik iaitu subjek Math, Bm,  Bi,  Ba, dan Sejarah selain subjek subjek agama yang lain... 
Jadual hari mereka memang padat tetapi mereka masih mempunyai masa untuk riadah tak la terus terusan belajar. 
Mama doakan semoga adik terus sukses dimasa akan datang dan mencapai cita cita dan membanggakan semua orang...

Apa apa pun korang
Layan Je... 

JJCM @ Food Court Angsana Hilir Ampang

Assalamualaikum....
Hari dapo aq tak berasap... Hehehehe... Saja je mlm ni nk dinner kat luar... Atas permintaan Nadia... Layan kan je... 
Mcm biasa kalau nk makan western mesti pergi ke Food Court Ampang Hilir.. Kat situ banyak pilihan gerai gerai... Pilih je korang nak makan apa.. Semua ada... Kali ni aq pilih nak makan kerabu maggi... Alif lak maggi kari, my hb,  my mum n Nadia pilih nak makan chicken cop... 


Kerabu Maggi : Rm6.00
Maggi Kari : Rm6.00

Chicken cop : Rm11.00
Untuk my mum...

Grill chicken cop : Rm11.00
Untuk Nadia & my hb


Mushroom soup : Rm5.00

Sebelum makan sampai kita selfie dulu... 
Kat sini semua makan sedap sedap belaka.  Bagi yang ingin merasainya,  sila lah pergi ke sini ye... 
Apa apa pun korang 
Layan Je... 

07 August 2018

Percutian Ke Kundasang @ 26/07/18 - 29/07/18 Day 3/4

Day 3/4 - 28/07/18 & 29/07/18 (Hari TerakhirPercutian)
(Sabtu / Ahad) Kota Kinabalu

Selepas melawat Tip Of Borneo perjalanan diteruskan ke Kota Kinabalu.  Perjalanan mengambil masa 3 jam. Sampai di Bandar Kota Kinabalu dalam jam 6.00 petang.  Kami terus ke Hotel Yomi. Bagi aq hotel ni memang stategik. Berhadapan hotel ni ialah Pasar Filipino... Seberang 2 jalan la kiranya... Disebabkan pertama kali kami disini,  kami redah je mencari kedai makanan... Banyak nya seafood... Tak tahu nak pilih yang mana... 

Aq n abg aq berpecah... Kami makan di kedai masing masing..


Ini yang aq order..
Lobster  : Rm65.00 seekor
Ikan susu : Rm12 seekor
Sotong bulat : secucuk Rm15 ada 3 ekor secucuk
Sotong : Rm30 1/2kg, masak butter telo masin
Udang : Rm30 1/2kg, goreng butter basah... 
Rasa mmg sedap lagi lagi sotong telo masin tu.. 
Total utk makan + air = Rm165.00
Mkn kali ni my hb ☔...tq abg... 

Selfie dulu sebelum makanan sampai... 

Ini lak yang my sil order,  ada ketam,  udang,  ikan,  sotong = Rm125.00

Hbs makan kami pusing pusing cari ikan bilis... Mak beli ikan bilis Rm30 sekilo siap kopek,  udang kering,  sotong kering....hbs je membeli aq pusing ke pasar mlm kat situ... 

Wau....byk nya mutiara... Ada mutiara air masin,  ada mutiara air tawar... Air masin lagi bagus kata jurujual tu... 
Cantik tak... Harga gelang ni diantara Rm20-70.00 bergantung pada gelang tu la.. 


Ni antara hasil jalaan kami... Gambar 1,2 & 3 my sil punya,  gambar 4 Aq punya... So x byk pun aq beli.... 
Gelang tu Rm20.00
Brooch Rm5, 3 - Rm10.00
Kain batik tu Rm10.00 sehelai. Ni kena tengok betul betul sbb ada yg jual rm15-20. So kena la pandai tawar menawar...Selalunya kalau kita beli banyak,  mereka akan turun kan harga... Jadi apa lg... Laju la korang beli kan... 

Kami pulang ke hotel dalam jam 11.30 mlm... Disebabkan kepenatan... Letak je kepala ZzzZzz....la ye... Esknya seawal jam 7.00 pg dh bersiap turun.. Untuk bersarapan dihotel.  Hotel Yomi ni termasuk sarapan pagi... 
Hbs mkn kami check out... N pusing pusing Bandar Kota Kinabalu... 


Kami pergi ke Menara Tun Haji Mustapha... Mercu tanda Kota Kinabalu ni... Jam 11.30 aq dah call Akmal untuk memulangkan kereta... Tak tau nk lepak mana dah... Dok kt airport je la sementara hendak menunggu flight jam 1.50 ptg.... 
Sampai di KLIA2 jam 4.15 ptg.. Terus ke terminal bas nasib ada bas jam 5.00 ptg... 
Lepas ni aq akan kongsi kan bajet percutian ke Kundasang / Kota Kinabalu... 
~Home sweet home~
Apa apa pun korang
Layan je.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...