09 September 2022

Menu Diet Hari Jumaat @ 09/09/2022

 Salam Jumaat... Penghulu segala hari....
Cukup 5 hari bekerja...Esok & lusa aku bercuti....
Esok dan lusa juga banyak program yang bakal menyusul nanti...
Semoga dipermudahkan segala urusan ku dan urusan teman teman ku semua....
Pagi ni macam biasa sarapan ku, kudapan ku dan juga makan tengahari....
Makam malam mana....selalu nya aku jarang dah makan malam... Kalau lapar cukup la makan buah pum sebiji, minum air kosong....


Sarapan pagi
2 biji telur mata letak kicap sikit
Semug essenso coffee....


Yang ni menu snacking aku....
Roti pisang dan juga buah oren...
Yang ni akan aku makan dari pagi hingga ke petang....

Suhun Sup...
Ini makan tengahari aku...
Walaupun simple...sedap juga...walaupun berdiet, sapa kata tak leh makan sedap sedap... Cuma kita kena lebih kreatif la sikit. Tapi hati hati ye kawan kawan...kadang kadang ada je jenis makanan ni tak sesuai dengan tubuh kita...Esok kita timbang tengok turun ke naik... Kalau turun ok la kan...kalau naik kita kena la stop makanan yang kita ambil semalam... Sebab tu aku suka timbang setiap hari...
Kalau nak paling mudah makan telur rebus dengan buah je la...



ROTI PISANG

2 keping roti gandum
1 biji pisang potong nipis
Sedikit planta / butter 

CARA CARANYA

Sapu butter / planta atas permukaan roti
Susun pisang yang telah dipotong
Letak kan butter sedikit atas pisang tu lagi
Kalau nak letak slice cheese pun boleh, nak tabur kan gula pun sedap
Dah nama nya diet tak kan nk letak gula lagi kan
Bakar dalam AF selama 10 minit suhu 150 
Bila dah siap makan panas panas ranggup sangat.

RESEPI SUHUN SUP

Sedikit suhun direndam
3 ulas bawnag putih
2 kiub ayam maggi
Sedikit isi ayam
5 biji telur
Lada sulah berperisa (ajinomoto)
Sayur pak choy
Daun sup
Cili api

CARA CARA NYA
 
Suhun di celur jangan lama sangat nanti lembik
Angkat tapis laluan dibawah air supaya tak bergumpal

Tumis bawang putih
Masuk kan air biar sampai mendidih
Masukan ayam cili api, kiub ayam dan lada sulah, garam
Bila ayam dah masak, tutup api
Pecah kan telur 1 per 1, tujuan tutup api sebab tak nak telur tu pecah
Dah pecah habis buka api gas masak macam biasa
Masukan pak choy dan tabur daun sup
Siap...



08 September 2022

Menu Hari Khamis @ 08/09/2022

Menu hari khamis.... Kurang sangat dah aku nak masak pagi pagi...
Kalau tenghari nanti Nadia yang akan masak untuk mereka... Simple simple je Nadia kata...
Jadi la kan..... Setiap hari bila di timbang nampak la pergerakan angka tu walaupun tak banyak tapi ok la dari takde langsung...
 


Menu sarapan pagi aku....
3 biji telur mata goreng dengan sedikit minyak je bukan deep fried ye...
Aku letak la kicap sikit.... dan semug essenso coffee, gula nya macam biasa 1 sudu kfc tu je.
Buah pula aku ambil oren dan plum yang ni untuk snacking aku pagi dan petang nanti..tu pun kot lapar..
Kalau aku rasa kenyang tak perlu la aku nak makan....


Yang ni menu tengahari... 
Ada 6 keping sandwich telur. Macam biasa aku guna roti gandum gardenia tu je
Hari ni lebih kan sayur sikit... Meriah...
Makan sayur lebih kenyang nya pun lama...
Selalu nya 6 keping ni aku tak makan habis untuk waktu lunch nanti...Akan aku tinggalkan baki dalam 2 keping  untuk kunyahan sampingan jam 3 atau 4 nanti....


Yang ni menu anak anak
Yang dimsum tu untuk Alif. Dimsum ni aku beli kat ECO je 4 biji RM2.40.
Sandwich tu pula untuk Nadia....
Tengahari ni tengok la apa  yang Nadia nak masak pula....

07 September 2022

Menu Bekal Hari Rabu @ 07/09/2022

 Hari ni macam biasa masih berbekalkan sandwich telur. Aku mengunakan roti gandum. 
Kalau makan roti ni kenyang lama sikit. Ada juga tortila wrap. Aku gunakan massion yang gandum juga...


Yang ni buat sarapan aku...
Kenyang bila pengena dengan semug essenso coffee


Yang ni untuk makan tengahari nanti.....

Yang ni untuk anak anak di rumah...
Saja aku letak dalam bekas macam ni supaya tak masuk angin... Nanti roti dan tortila menjadi keras pula..... Yang roti putih tu untuk Alif, manakala roti gandun tu untuk Nadia....
Jom kita amalkan pemakanan sihat....

Zumba Bersama Cikgu Jijah @ 06/09/2022

 Semalam macam biasa la bertempat di IYC Cheras, Kali ni zumba bersama Cikgu Jijah. 
Tema hari ni merah dan putih... Meriah sangat....

Bersama dengan pengasas Eni Aerodance







Bersama dengan sahabat mereng bersama....
Kemana mana je berdua...
Hehehe....



Bersama dengan Ida dan Nana


Kata Alif... Mama pakai baju ni dah macam PBSM pulak...
Pastu macam wanita UMNO pun ada jugak....
Hahaha... Hentam je la...
Yang pasti semalam memang lenjun basah peluh....
Semangat.... dek kerana mu Slim Selangor...

06 September 2022

Jom Makan Tengahari Selasa @ 06/09/2022

 Jom kita kurus....
Kita fight untuk 6 minggu ni ye.... Insya Allah kot ada rezeki kan....
Makan tengahari aku yang simple tapi bila aku makan ni terasa kenyang sungguh.

Murtabak atkin, terung bakat af, air asam atkin, milo kosong

Tengok je macam ni...cukup ke...bagi aku cukup sangat.
Jom aku share resepi ni....

RESEPI MURTABAK ATKINS

2 biji telur
1 ketul ikan sardin tin
Sedikit kobis dihiris 
2 batang buncis
2 biji cili api merah. Nak pedas buh byk pun takpe
Sedikit daun sup, nak ganti daun bawang pun ok, tak nak letak pun takpe
Sedikit karot potong dadu kecil
Sedikit garam
Sedikit minyak

CARA - CARA

Semua sayur dihiris halus
Campurkan kesemuanya kecuali minyak
Panaskan minyak, aku guna nonstick pan
Nak guna kuali biasa pun ok je
Masak api perlahan kalau nak tutup pun ok...Boleh masak sekata
 ** Sayur kalau boleh guna yang tak berair. Kalau nak letak tomato pun sedap tapi nanti bila makan tghr dia akan berair... Macam sayur brokoli, kobis bunga pun ok juga..

RESEPI TERUNG BAKAR AF

3 Biji terung belah 2 kemudian potong 2 bahagian dapat la 4
Taburkan sedikit garam
Bakar dalam af suhu 200 selama 10 minit

RESEPI AIR ASAM ATKINS

Sedikit asam jawa - campur kan dengan air suam
Sedikit cili api tengok nak pedas mana
1 biji bawang kecil dihiris
Sedikit garam
** Campurkan kesemua sekali. Asam jawa tu buang la biji nya ye...

Sarapan Pagi Selasa @ 06/09/2022

 Sarapan pagi hari selasa aku... sandwich telur dan semug coffee essenso.
Betul betul kena lawan perasaan dan selera makan. Hari hari makan telur rebus dan buah...
Hari ni kita tukar selera la pula... Selama 6 minggu ni memang aku kena struggle dari segi pemakanan diet dan juga senaman... 




Sedap layan sandwich telur bersama dengan semug kopi ni sambil layan youtube kisah kisah seram...
Enjoy kan....

Pra Saringan Program Slim Selangor

 Program Slim Selangor adalah program turun berat badan secara percuma. Program ni dijalankan selama 6 minggu, seminggu sekali kita akan workout bersama dengan dun pilihan masing masing.
Dah macam nak pilihan raya pula ye...hehehe...
Kalau tak silap ada 56 dun dalam Negeri Selangor ni. Ada yang memilih dun kerana nak mengikuti coach kegemaran ada yang nak pilih sebab dekat dengan rumah. Terpulang la masing masing punya selera.... 
Setelah kita menghantar borang penyertaan melalui online kita akan di pilih melalui email..dari situ kita akan diberi ID masing masing... Bila kita dah terpilih untuk hadir ujian pra saringan...
Mula la aku rasa teruja...orang kata sapa tak nak kurus kan percuma pula...kot menang dapat hadiah tu dah kira 1 bonus....rezeki juga....
Ujian pra saringan telah diadakan di 4 kawasan di kawasan Selangor ni.
Nama aku naik di kawasan Seri Kembangan pada hari ahad 04/09/2022 jam 2.00 petang...
Jadi sebab tu la kenapa aku pulang ke kampung pada hari jumaat dan balik semua ke KL pada hari sabtu.... 
Jadi nya seawal jam 1.30 petang aku dah sampai dengan Emma. Penganjur program iaitu Encik Sufian Sulaiman memberitahu bahawa ujian akan bermula pada jam 2.00 petang. Takpe la aku berbaris dulu... Biar awal senang balik awal......
Dulu aku pernah juga masuk program diet bersama dengan Coach Fafa..
Alhamdulillah aku berjaya la juga... Boleh tengok entri aku DISINI . Lepas tu karam dilautan dalam. 
Sekarang ni aku nak mulakan balik...
Selain diet aku pun ada juga buat GM Diet DISINI. Diet ni memang boleh turun dalam 3-5 kg seminggu.. 



Sempat lagi aku ambil dengan board ni... 
Nanti bila dah akhir program boleh la dijadiakan rujukan kembali kan.....




Dan juga aku bergambar kat tiang bendera ni...
Masa ni orang tak la ramai lagi.
Urusetia tengah sibuk menguruskan persiapan program...



Ramai juga peserta yang hadir.... dalam 900+ juga la


Bersama dengan YB Puan Dr Siti Mariah Bt Mahmud





Bersama dengan Coach Esma.
Coach Esma ni di Dun Balakong...
Ramai juga coach kegemaran kami masa kat IYC yang akan menjadi coach program ni sepanjang 6 minggu... Jenuh juga la nk ikut coach yang mana 1.
Lepas habis program ni ada la perbezaan sebelum dan selepas kan....
Nanti kan next entri aku ye...Dun dan coach yang mana menjadi pilihan aku...
Tunggu....

05 September 2022

Makan Tenghari Kami Di Hari Minggu @ 04/09/2022

 Hari minggu... aku masak awal hari ni... Sarapan pagi pun hb beli nasi lemak RM1 kat Masjid Saidini Othman je.... Petang ni aku ada program... Kena la masak awal untuk mereka... Seawal jam 9.00 pagi aku dah mula memasak.....


Menu kami hari ahad.....

Sotong ni aku guna sotong dalam tin jenama REX tu....
Aku buat masak asam je...tak la hanyir... Aku campur kan dengan petai sikit...
Berselara makan kena pula nasi panas...


Yang ni pula sambal telur puyuh ku campur dengan ubi kentang dan juga sosej...
Tumis kering kering


Sayur pucuk paku.. 
Semalam balik kampung.. sepupu aku sedekah pucuk paku ni....


Ni la penyedap makanan....
Telur asin dan sambal belacan...

Bila masak awal ni, Nadia pun lunch la awal. Aku pun makan awal juga...
Jam 12.30 aku dah keluar menuju ke Seri Kembangan... Sebelum tu singgah di BWY dulu... Beli apa yang patut..... Kat Seri Kembangan ada apa tu...
Tungguuuuu....

RESEPI SOTONG MASAK ASAM

1 Tin besar sotong jenama REX
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
4 biji cili api merah
6 biji cili api hijau
1 biji tomato
Semangkuk kecil petai
Air Asam
Garam
Secukup rasa

CARA - CARA

- tumis bawang putih, bawang merah, daun kari, tomato dan cili api
- masuk kan air asam, masuk kan secukup rasa, garam
- masuk kan sotong yang dah di hiris kecil kecil
- akhir sekali masuk kan petai dan juga bawang yg di hiris bulat


Menjamu Selera Di RnR Ulu Bernam @ 03/09/2022

 Yang ni pula kami singgah di RnR Ulu Bernam... dulu kalau balik kampung selalu juga kami singgah makan di sini... Lama betul tak makan di sini...Mana tak nya selalu dari kampung kami terus je ikut jalan dalam sampai la ke Rawang bypass dan masuk ke Selayang... tapi hari ni kami nak naik highway la... nak makan char keo teow kat situ...rupa nya dah takde dah char keo teow...
Aku macam biasa kalau ke sini mesti order mee wantan. Mee ni mee kicap akan dapat la semangkuk fish ball makan panas panas...sedap nya...


Yang mee kari ni untuk Alif.
Lepas tu Nadia beli juga keo teow sup dan hb mee kari... katanya nampak sedap la pula Alif makan...
Lepas je makan, perjalanan diteruskan....Sampai je KL dalam jam 9.30 malam....
Kami bertolak dari kampung jam 5.30 ptg

Makan Malam Di Parit @ 02/09/2022

Malam hari nya kami menuju ke Parit, 
Sebelum ke Parit aku ke Kilang yang menyewa rumah aku tu untuk mengambil agreement dan juga kunci rumah... Lepas tu baru menuju je Parit. Kat Parit macam biasa makan di kedai sebelah dengan Balai Polis Parit berhadapan dengan pasar Parit. 
Pekan Parit ni tak la besar mana dan bila malam memang la sunyi tak la sesibuk macam Sri Iskandar Manjung Lumut macam tu la... Kalau kat Parit ni teringat aku cerita lakonan Shiela Rusdy dan juga Wahid Senario... Cerita Ta'In .... Ingat lagi Wahid mengayuh basikal dan berhenti di trafic light yang ada menara jam besar Parit... kira nya itu la mercu tanda Pekan Parit ni.... 


Aku order nasi goreng kampung


Yang ni tauhu bakar...
Manakala mak dan hb order roti canai...
Konon nak makan nasi lemak, habis la pula awal pula habisnya....
Lepas je makan kami terus pulang...
Mata pun dah berat ni... mengantuk ya amat....

Sarapan Pagi Jumaat Di KMCSL @ 02/09/2022

 Hari jumaat lepas aku ambil cuti...
Nak bawa baby jumpat doktor (service kereta...hehehe..). Sepatutnya pergi hari sabtu tapi disebabkan hari ahad aku ada event jadi nya service kereta bertukar ke hari jumaat... lepas je service kami terus balik ke kampung. Alif pun tak la pergi ke sekolah... Pagi pagi lagi kami anak beranak dah ke KMCSL... Nak kan cepat la. Service kereta ni pun makan masa juga dari 2-3 jam bergantung kepada apa yang diorang nak service... Kali ni service km untuk yang 70,000... Ingat kan tak la lama...
Dari jam 8.15 aku dah sampai... Security tu bagitahu office buka jam 8.30 ye... erm takpe la..duduk je la dalam kereta... Tepat jam 8.30 security panggil dah... sila masuk ke pejabat kata... Setelah memberi buku service dan serahan kunci kami duduk la diruangan menunggu.... Kalau masa pkp dulu memang tak boleh nak menunggu hantar kereta balik nanti bila dah siap mereka akan call owner... Leceh betul...
Macam biasa la kalau kat service centre ni ada la mereka sediakan makanan dan minuman....
Perut pun dah lapar...pagi pagi belum sarapan lagi... hb ada juga beli nasi lemak untuk kami...tapi segan la pula nak makan kat dalam tu...nanti semerbak bau sotong kering malu la haish......
Kami pun makan la nasi lemak dan air yang ada di situ....
Free je semua ni....

Aku ambil nasi lemak 2 bungkus..
Aku kongsi dengan hb, 1 lagi Alif makan...
Nadia tak nak kata nya....


Yang ni pula air neslo dan juga white coffee...
Milo belum topup lagi.....
Sambil menunggu sambil makan sejuk sejuk air cond ni...
Minum air panas...memang terasa nikmat nya......
Nasi lemak pun tak kurang hebat nya...sedap betul....
Sambal nya pun melepasi citarasa aku....


Ni la dia makanan dan minum yang terdapat di situ...
Ada biskut juga

Yang ni pun ada...
Ni kena la bayar sendiri...
Nadia dan Alif makan maggi cup... Sejuk sejuk ni sedap makan panas panas kata Nadia..

Dalam jam 11.00 juga la baru kereta aku siap. Bila dah siap kami pun terus menuju ke kampung...
Di sepanjang jalan hujan renyai renyai kadang kadang lebat la juga...
Sampai je kampung dalam jam 3.00 petang.
Itu pun kami singgah di RnR Rawang makan nasi lemak yang hb beli pagi tadi...
Sementara menunggu hujan reda baru la kami menuju ke kereta...Lebat betul hujan nya...
Singgah juga di Langkap belikan mak nasi ayam penyet dan juga bihun bakso....
Lepas tu ke mana kami ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...