09 March 2023

Preconvo Photoshoot @ Tamarind Square Cyberjaya

Rasanya sekejap saja Nadia telah menghabiskan pembelajarannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim selama 4 tahun. Diam tak diam dah pun habis. Aku rasa baru je beliau menyambung pembelajaran nya di sini. pelbagai dugaan dan rintangan yang kena hadap. 

Semasa sem 1, Nadia di tempatkan di Kolej Ungku Omar (KUO) kemudian dipindahkan ke Kolej Aminuddin Baki (KAB). Selepas masuk jem Sem 2, Nadia memohon rayuan untuk tinggal di kolej lagi. 
Mula dapat lepas tu bila ingin memohon kunci bilik, nama takde dalam senarai. Seminggu juga menumpang di kolej selepas itu Nadia mencari rumah sewa di Taman U. Alhamdulillah dapat rumah sewa.
Lama juga Nadia tinggal disini. Selepas itu negara dilanda pendemik covid. Pelajar dikehendaki belajar dari rumah sahaja. Lama juga dah lupa berapa sem.... Dan akhirnya nadia habis juga pembelajaran nya selain duduk dirumah dan juga praktikal di sekolah. 

Boleh lihat DISINI hari pertama Nadia di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dan akhir nya Nadia dah pun nak konvo... Sebelum konvo macam biasa la ada preconvo photoshoot.
Nadia memilih lokasi Tamarind Square Cyberjaya. Tempat ni memang cantik. Dihari kejadian ramai pelajar mengabadikan photo mereka di sini. Meriah betul dengan pelbagai jenis jubah konvo.
Tak silap aku ada yang dari UiTM, UM, UPSI, KUIS, UPM, USIM dan banyak lagi la...
Jom kita lihat gambar Nadia seorang dulu. 




























Semoga tahun 2023 ada sinar buat kakak.
Semoga cepat la mendapat tawaran mengajar.
Kakak tak kisah pun dimana pun tawaran sekolah. Kakak dah rasa teruja menjadi salah seorang warga pendidik... Mama doakan selamat maju jaya...






Menu Hari Khamis @ 09/03/2023

 Menu hari khamis....
Hari ni aku masakan sotong masak asam dan juga bendi tumis telur.
Selalunya kalau sayur bendi dan juga buncis...Hari hari pun anak anak aku suka....
Tapi sekarang ni sayur bendi dan buncis juga dah jadi harga kayangan....
Apa pun naik.... Beriya la mencipta menu rahmah tapi kalau dah bahan mentahnya melambung lambung macam mana la rakyat B40 ni nak meneruskan kelangsungan hidup.

 

Ni bekal aku...Aku tambah dengan ikan bilis goreng garing.
Aku lebih suka ikan bilis goreng garing macam ni dimakan bersama dengan nasi putih.
Aku juga potong sebiji mangga yang aku beli kat Jalan Kebun minggu lepas....

Sayur bendi tumis telur.
Kalau ada Fatahul ni...Lauk ni je dah cukup untuk dia

Sotong masak asam....
Terasa la masam pedas manis masin....
Jadi la lauk untuk hari ni... Malam ni nak masak apa pula....
Nanti dipikirkan...Hehehe
Alhamdulillah..syukur...

Siakap Stim Dinner Semalam

 Malam ni aku buatkan ikan siakap stim. Ingat nak buat untuk Nadia juga.
Tapi Nadia tak mo makan kata nya masih kenyang. Lunch tadi makan lewat. Jadi aku buatkan siakap stim tu untuk Alif dah hb. Cara aku buat siakap stim bukan la aku stim pun cuma aku menggunakan kaedah rebus je.... Semuanya aku lambak dalam kuali. Aku lebih suka ikan siakap yang berkuah sikit.
Lagi pun kuah stim ni sedap. Ada rasa masam, masin, manis dan juga pedas....
Nanti aku kongsikan resepi kat sini ye...

Aku buat bahagian ekor je...
Ingat kan Nadia nak. Jadi aku simpan balik la bahagian kepala tu...

Aku juga gorengkan telur dadar.... Telur dadar ala thai...
Sedap juga kata hb... kalau makan telur dadar ni berserta sup kosong sambal belacan dah jadi nasi bujang..... Ada juga baki ikan sardin 2 ketul bahagian kepala... Aku cuma makan ikan sardin ni je...
Mak mak la kan...sayang nak buang lauk kita habiskan je jangan basi sudah la....
Syukur Alhamdulillah...
 Jom tengok resepi siakap stim aku....

 RESEPI SIAKAP STIM

- Ikan siakap
- 1 biji bawang hollen
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 5 biji cili api nak pedas ikut selera
- 2 biji limau nipis ambil jus nya
- 1 kiub ikan bilis
- 2 sudu sos ikan
- sedikit gula
- sedikit garam
- 1 biji buah tomata
- Daun ketumbar

CARA - CARANYA

- Semua bahan dihiris, akar ketumbar juga diambil
- Masukkan kesemua bahan kedalam kuali kecuali tomato dan daun ketumbar
- Letak air terpulang banyak mana kalau nak berkuah lebih ke
- Masukkan ikan
- Rebus ikan sampai masak
- Akhir sekali masukkan buah tomato dan juga daun ketumbar.

08 March 2023

Menu Bekal Hari Rabu @ 08/02/2023

 Lama aku tak mengupdated pasal bekal aku.
Setiap hari aku memang bawa bekal. Kadang malas nak ambil gambar.
Bekal aku hari ni, lauk sambal udang. Ni lauk semalam. Aku panaskan sebab takde orang makan.
Tapi untuk mereka aku buatkan ikan sardin masak kicap.
Aku goreng tauhu 2 keping.... Jadi la buat sayur. Utk Nadia aku potongkan timun jepun buat ulam dia.

Alhamdulillah macam ni pun dah syukur kenyang dah.
Ada juga buah mangga yang aku beli kat Jalan Kebun dan juga buah dragon....
Cukup la macam ni pun...Syukur dah...

Makan Lagi Di Restoran Bagus Tomyam

Sinambungan cerita balik dari Jakel Bangi. Kononnya kami nak ke Melaka. Pergi tengok Shahira, tapi Shahira ada kerja nak kena buat. Jadinya tak jadi la nak ke Melaka. Kami terus masuk ke KLIA dan teruskan perjalanan ke Sungai Pelek, Sepang. Jalan jalan di Bagan Lalang. Ramai nya orang berkemah kat situ. Dah puas menikmati laut yang terbentang luas tu, kami meneruskan perjalanan ke Banting. Singgah di Morib kejap ada expo. Tapi malas la pula nak keluar kereta.
Perut pun dah lapar ni.. Maklumla dah pukul 4.00 petang....
Kononnya nak makan area Jenjarom tapi kedai tu tutup pula..
Ok la hb kata kita ke Restoran Bagus je la.....

Jadinya kami ke situ lagi...2 kali la kami makan kat sini...sabtu dan ahad....... 


Hari ni aku ambil cucuk cucuk ni...
Secucuk RM3.00 tak kira yang mana pun harga sama je....

Yang ni nasi goreng cili api untuk hb

Nasi goreng ayam untuk Alif

Keo teow kungfu untuk aku... 
Tapi aku lagi suka kat C10 kot....Kuah nya pekat....
Tapi rasa ok je sedap... Mungkin kuah tu cair je kot....
Lepas je makan, kami terus balik rumah....
Letih hari ni seharian penuh aktiviti...
Lena aku.....

Balik Pasar Din Segar Kita Sarapan Dulu

 Selalunya kalau cuti je lepas je solat subuh aku akan ke Pasar Din Taman Medan.
Kalau datang awal memang syok la macam macam ikan ada... Tapi hari ni aku lewat sikit sebabnya Nadia akan masuk kerja jam 9.00 pagi. Selalu Nadia la akan menemani aku ke pasar. Nadia dah tau dah apa yang nak dibuat. Pandai dah bayar ikan dan beratur untuk siang ikan tu...

Seperti hari semalam (sabtu) aku akan hantar Nadia sehingga LRT hang Tuah. 
Lepas tu aku akan jalan ke hadapan dan membuat pusingan U kat area Imbi Plaza tu...
Nadia pun kata dah alang alang mama pusing kat situ apakata mama hantar je orang sampai ke Pavillion. Dekat dah tu... Kalau naik MRT pun dalam 2 stesen je lagi..... Erm ok la... disebabkan hari ni hari minggu jalan pun tak jem boleh la aku hantar sampai ke Pavilion. 
Ni la 1st time aku memandu ke Pavillion setelah bertahun tahun tak memandu kawasan bandaraya ni. 
Selalunya kami guna LRT, MRT, Monorel, Komuter je masuk ke bandaraya ni. 
Lepas je hantar Nadia aku terus ke Taman Medan berpandukan dengan waze. Sampai kat area Pantai Dalam aku tersasul juga. Masuk kawasan pasar Pantai Dalam... Ramai nya orang berniaga. Dulu aku pernah tinggal di kawasan setinggan kat situ dah 26 tahun yang lalu. Sekarang dah takde setinggan dah. Semuanya dah dinaik taraf dah maju dah......

Sampai je kat Pasar Din orang dah tak ramai, Yang ada cuma ikan biasa je, kembung, sardin. udang, sotong.... Macam ikan yang selalu aku beli tongkol, talapi, siakap, nyuk nyuk semua dah habis.
Jadinya aku cuma beli kembung, sardin, udang dan juga sotong. Cukup la lauk untuk seminggu ni.
Kalau Nadia masuk kerja lambat sabtu ni boleh la ajak dia pergi lagi...

Balik je dari membeli barang tu, Kami akan makan di gerai depan Pak Din ni.
Makanan kat situ semuanya sedap. Ada roti canai, bihun grg, mee grg, keo teow grg, nasi lemak, lauk pelbagai pilihan, kuih muih.... Haish semua la..... Tapi bihun grg dia pun sedap tau...
Yang penting paling aku suka ialah pekerja dan juga tokey kedai ni ramah melayan pelanggan. 
Mesra sangat sentiasa memberikan senyuman kepada customer nya... Orang kata dari nak makan 1 boleh jadi 2 la.... Hahaha dasar tamak...

Aku makan nasi lemak paru... Sedap.
Sambalnya tak pedas memang sesuai la dengan tekak aku...

Yang ni hb punya... nasi lemak sotong kembang sambal.
Hb nak kerang atau pun udang. Tapi kami makan pun dah lewat jadi lauk banyak yang dah habis...
Selain tu kami makan juga roti canai sorang sekeping...

Haaaa kau...kenyang sampai ke petang...
Untuk Alif aku cuma belikan seri muka durian kerana kat rumah aku dah masak kari ayam, popia carbonara dan juga buah mangga....
Dah siap makan balik ke rumah, mula la membersihkan segala jenis ikan udang sotong tu.
Siap je kami ke Jakel Bangi. Nak cari baju dan juga kain...Nak hantar tempah... Nak ke lagi erk...Untuk pakai masa raya ni... Kita cuba la......

Makan Di Restoran Bagus Tomyam Jalan Lombong

Lepas je asar, aku ke Jalan Lombong, Jalan Kebun Shah Alam. Selalunya kalau kami ke Shah Alam memang tak sah kalau tak makan kat Restoran Bagus Tomyam ni. Kalau menu nasi goreng dia bermacam macam ada. Nasi juga set hidangan.... Kerabu manggi.... Macam macam la.... 

Yang ni nama nya Nasi Goreng Thai.
Ada udang sotong dan juga telur mata macam ni.
Perah limau nipis... Sedap makan terasa masam masam, pedas, masin nya....

Hb lak suka sangat makan keo toew seafood basah....
Sayur tu hb tak makan, aku la sebat....


Hari ni Alif makan bihun tomyam....
Tiba tiba lak makan bihun tomyam... Selalu makan maggi goreng.
Untuk Nadia aku bungkuskan nasi goreng thai...
Kepada yang berdekatan dengan area Jalan Lombong ni, boleh la singgah ye....

Tiba Masa Untuk Service Kereta @ 04/03/2023

Hari sabtu aku dah booking untuk service kereta. Sini kena booking awal terutama hari sabtu.
Hari sabtu memang ramai orang akan service kereta. Lagi pun kat service centre ni sabtu dari jam 8.30 pagi ke 1.00 petang. Selalunya aku kalau hantar kereta memang ke Kah Motor Chan Sow Lin je. 
Dari aku beli sampai la service semua kat sini. Aku booking appointment pukul 9.00 pagi tapi pukul 8.15 aku dah sampai... hehehe....

Kereta yang akan di service sudah siap menunggu diruangan menunggu

Sekarang ni kita dah boleh menunggu. Kalau masa pkp hantar balik. Nanti dah siap mereka akan call.
Leceh sungguh....
 
Korang duduk la sini, nanti service advisor akan panggil untuk menerangkan apa yang perlu di service untuk hari ni. Hari ni kereta aku akan service 80,000km.
Tapi mileage aku cuma 45,000 sahaja tapi bila dah cukup masa 6 bulan, kena la datang service.
Gitu la kan kalau kereta korang masih under warranty kena la ikut.
Setiap kali service, anggaran caj yang dikenakan dalam RM700-900. Ada je sparepart yang diorang tukar. Tapi hari tu aku bawa service maintenance yang ada kat honda punya page. Aku cakap aku nak service macam ni ikut la yang honda saran kan.... Jadi hari ni aku cuma kena Rm485.30 macam tu la...
Major service. ok la kan..... 

Disebabkan aku datang awal pagi, banyak la tempat duduk yang kosong...
Aku pilih yang tak kena aircond sangat... Sejuk ooooo....

Kat sini ada sarapan pagi percuma...
Aku paling suka nasi lemak ni...sedap....
Ada air milo, neslo dan juga white coffee

Ni untuk aku dan hb....

Ni nasi lemak nya...
Sedap terasa nasi lemak berlemak...
Sapa la supplier nasi lemak ni kan....

Ni air aku, white coffee

Ni hb punya milo....

Kereta aku siap dalam jam 10.00 pagi. Awal juga....
Balik rumah.... hantar Nadia pergi kerja.....
Tunggu hb balik kerja pula....
Petang kami ke tempat lain. Dah lama tak berjalan jalan kan...

Makan Malam Di Medan Selera @ 03/03/2023

 Hari jumaat lepas, balik je kerja aku terus pergi ke Medan Selera yang terletak bersebelahan dengan rumah. Park kereta kat rumah, aku jalan kaki je la... Lama juga tak makan kat sini.
Sesekali ok la kan...Kebetulan hari pun hujan je..... Layan la makan sejuk sejuk ni....
Selalunya kami akan ke Gerai C10. Kat Medan selera tu banyak je gerai. Semua makanan nya pun sedap sedap tapi kami lebih suka nak ke C10...


Hb makan maggi goreng... Tengok menyelerakan.
Mula mula Alif tak mo makan kata nya dah kenyang. Bila tengok abahnya makan maggi goreng, dia pun nak juga.... Tu pun makan tak habis sebab kekenyangan sangat......


Yang ni keo teow kungfu untuk aku.
Aku rekemon sangat la kalau datang ke Gerai C10 ni makan keo teow kungfu. 
Service nya yang cepat tak perlu menunggu lama. Makan panas panas... sedap ooooo...
Sesekali makan kat luar ok la kan.....

03 March 2023

Mulakan Pagi Anda Dengan Semug Kalista Almond Fiber

Sekarang ni aku pergi kerja awal pagi.
Malas aku nak sarapan kat rumah. Bos pun pukul 7.45 dah buka pintu. 
Jadi bila datang awal ni boleh la kita sweet sweet time gitu kan. 
Tak la kelangkabut sangat. 
Aku buka laci tengok ada lagi stok Kalista Almond Fiber. Jadi tak jadi la aku buat coffee essenso aku tu. Aku kot pagi tak kena kopi memang mata kuyu je la nanti.
Sambil minum Machiato ni sambil kunyak mini murtabak sardin. Aku bawa 3 keping dah siap aku gunting kepada 3 keping.. Lepas 1, 1 masuk mulut aku. Sambil ku teguk air kopi yang panas ni.
Last habis juga.... Ok baru semangat nak buat keje.... 

Aroma coffee ni menyelerakan oooooo.....
Katanya boleh kawal selera makan kita....
Tapi kot dalam otak tak fokus diet... aku tak rasa pun
Semuanya nak dibalun.....
Minum apa pun kalau otak tak fokus nak diet.... tak jadi juga....

Bekalan Hari Jumaat @ 03/03/2023 ~ Mini Murtabak Sardin

 Hari ni dah jumaat... Esok cuti...yahuuuuuu......
Disebabkan kulit popia ada lagi sikit. Aku pun buat la mini murtabak sardin.
Mudah kan guna kulit popia.
Nanti aku tunjuk kan step nya. Pagi tadi nak cepat... Malas nak ambil gambar.
Nak buat mini murtabak ni ada cara nya. Kalau tak masa korang letak telur atas kulit popia tu berlenang la nanti telur tu ke sana sini... So ada teknik dia la... Korang boleh tengok kat SINI


Aku buat guna 5 biji telur campur sardin bawang dah juga cili.
Dapat la dalam 15 biji murtabak ni....


Sambil aku buat murtabak tu aku masak nasi.
Ingat nk buat nasi goreng. Kalau nasi baru boleh la diorang makan sampai petang tak basi.
Kalau nasi semalam sampai tengahari dah basi la kan....
Aku buat nasi goreng kampung. Tapi tak buh sayur. Malas aku nak siang siang sayur.
Kosong macam ni pun nikmat dah....
Hehehehe....

Popia Carbonara In Da Houz

Hari Rabu aku sebenarnya dah buat pun inti carbonara ni. Cuma aku tak upload je kat sini.
Hari khamis balik kerja, lepas je ambil Nadia hujan selebat lebatnya... Lenjun la kasut aku.
Sekarang ni musim hujan balik kot. Setiap hari cuaca mendung je....
Lepas je mandi solat magrib, aku pun memulakan la projek popia ni.
Macam biasa bab bab asingkan kulit popia ni memang aku akan suruh Alif yang buat. 
Lagi pun popia ni memang kegemaran Alif.
Sambil buat popia ni Alif kata... Mama.. abg suka kan makan popia ni. 
Tiba tiba perasaan rindu aku pada Fatahul menyapa hati aku. Ye sunggu aku rindu anak itu.
Kali terakhir Fatahul balik ke KL pada cuti sem bulan 2 hari tu.
Pada 16/02/2023 Fatahul dah pun bertolak balik ke Kuala kangsar. Sekarang ni dah sem akhir.
Cepat la habis sem nya....
Kalau aku buat popia ni Fatahul la akan makan banyak dari yang lain. 
Hari ni aku saja buat lebih. Sampai aku beli 2 paket kulit popia bersaiz besar tu.
Tapi paket ke 2 aku tak habis kan sebab inti dah pun habis... Jadi aku simpan elok elok dalam peti sejuk. Esok aku akan masak jenis yang lain pula....


Yang ni popia dah siap goreng.
Berinti kan carbonara dan juga sardin lebihan aku buat roti sardin


Ni inti carbonara aku.
Nadia tanya kenapa pekat...
Memang la pekat kalau cair bocor la dia.

Ni kulit popia yang Alif asing kan

Aku campur dengan crab stik yang aku belah 2.
Kalau nak buat 1 pun ok cuma aku nak jimat kan belah la 2

Time mengulung.
Aku gulung 2 lapis. Kalau selapis kadang bila goreng dia akan pecah.
Habis minyak nanti bercampur aduk.
Kalau 2 keping rasa lebih tebal dan ranggup.


Yang dah siap di gulung. Mana yang dh siap tu aku beku kan.
Aku jarak jarak kan dulu.
Bila dah keras baru aku susun dalam bekas kalau tak bekukan nanti kulit popia ni melekat.
Masak orang nak ambil untuk mengoreng nanti.
Aku buat dapat la dalam 35 biji.
25 biji aku frozen kan lagi 10 biji aku terus goreng.
Diorang nak makan cicah dengan mushroom soup....
Lagi pun hujan je kan...perut pun lapar.
Tapi aku makan maggi sup ayam je.... Suruh Nadia yang masak...
Senang kan.... mak mak ni kalau ada anak dara dh...gitu...

02 March 2023

Bekalan Hari Selasa @ 28/02/2023

 Dari semalam masa membaking kek tu, hati memang teringat nak makan bihun goreng je untuk bekalan esok. Malas aku nak masak nasi. Sesekali layan bihun goreng pun sedap juga kan...
Bihun goreng ni aku goreng biasa je tak letak udang sotong ayam pun...
Cukup la apa yang ada lagi pun ni kan menu hujung bulan.... Jadinya masak makan seadanya la....

Sekarang aku suka bungkus dalam kertas je senang lepas makan buang.
Lagi pun semenjak Nadia kerja kat Jovian ni... mana la ada pantry nak cuci bekas sudu semua tu... 
Kena la ke tandas... leceh la pula kan....
Jom tengok resepi bihun goreng aku...

RESEPI BIHUN GORENG BAJET

- 1 Bungkus bihun ( aku guna jenama Jawi) - rendam air biasa
- 1 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 7 biji cili kering gemuk (aku guna cili ni sebab tak pedas dan warna merah cantik nanti)
- 5 biji cili kering kerinting (ni pedas, tak suka pedas kurang kan)
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap sotong / ikan
- 2 sudu sesedap rasa maggi
- 1 biji kiub ikan bilis
- Sejemput ikan bilis
- 2 batang fish cake
- 6 biji fish ball (terpulang nk banyak mana pun)
- 3 biji telur ( goreng hancurkan)
- Segengam taugeh
- 3 pokok pak choi
- Sedikit daun sup (hiasan)

CARA - CARA

- Cili kering blander sampai halus
- Masukkan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis - blander jgn hancur sangat
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing 
- Masukkan semua sos, kiub ikan bilis
- Dah pecah minyak masukkan fish cake, fish ball, telur yang di goreng hancur dan batang pak choy
- Masukan air dalam 2 mangkuk ikea (mangkuk plastik yang warna warni tu)
- Bila dah mendidih, masukan kan bihun yang dah di tos
- Balik balik kan bihun jangan sampai hancur.
- Bila air dah agak kering masukan taugeh dan daun pak choy
- Perlahan kan api biar diatas dapur seketika
- Rasakan garam kalau kurang boleh tambah garam sebab sos sos tadi dah masin juga.
- Masa nak makan taburkan daun sup.
- Dah siap

Buat Kek Butter Lagi

 Balik kerja hari selasa aku terus ke Hero. Cari la bahan bahan nak masak untuk esok nya.
Sampai je kat department kek... Terliur tengok banyak nya stok kek hari ni. Ingat nak beli kek gulung ke. Tapi bila teringat kat dalam peti sejuk aku ada lagi seketul butter dan juga lebihan susu cair yang aku buat teh tarik tu... Erm kenapa nak membazirkan... Baik aku buat sendiri je. Lagi pun kalau buat sendiri boleh la adjust rasa manis tu. Sebab aku ni bukan la pengemar kek manis manis ni....
Kalau pada yang nak kan resepi kek ni aku pernah buat kat SINI
Ni bukan la pertama kalinya aku buat kek. Dah banyak kali. Semenjak kek aku menjadi dengan jaya nya... rasa semangat nak buat kek terus membara. Lagi pun aku dah Alif memang pengemar kek butter klasik ni.... 
Bila aku sampai je rumah setelah mengemas apa yang patut aku pun mulakan la projek membaking kek aku ni. Bila dah siap kek pun dah masuk dalam oven set suhu set masak... dah tak payah tengok dah... Biar dia masak sendiri. Ting....bunyi oven siap aku keluar kan... tak payah dah nak test cucuk ngan lidi... Memang dah elok dah kejadiannya dengan suhu dan masa tu. Sebab tu la orang kata kalau nak buat kek ni kena la kenali oven masing masing......


Harum semerbak baunya......


Aku potong kecil kecil susun dalan bekas senang nak makan.... 
Ada sikit aku nak bawa makan kat ofis selebihnya aku letak kat rumah...
Kata Alif sedap la kek mama kali ni... Alif suka makan...
Oooooo ye ke... Lain kali mama buat lagi ye... 
Kali ni nak try butter yang premium pula... baru la rasanya smooth lembut dan harum semerbak pure butter kan...... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...