21 February 2024

Dinner Di C10 Medan Selera Bandar Sri Permaisuri

 Semalam dinner kat C10 lagi. 
Balik je kerja terus ke Hero beli barang masak sikit... tak beli banyak pun sebab minggu ni nak balik kampung. Mak buat kenduri kesyukuran dan majlis doa selamat.

Menu aq dan Alif....
Menu Nadia ialah sotong masak petai pedas dan nasi putih 
Hb lak nasi goreng biasa... diorg sampai lambat jadi malas aq nak ambil gambar makanan diorg ni..

Sotong goreng tepung

Tomyam seafood

Nasi goreng cili api

Tembikai laici untuk aq n hb....
Selalunya kami memang akan makan kat Gerai C10 ni je... rasanya yang sedap dan harga yang berpatutan... Untuk makan malam ni RM58.00 sahaja untuk 4 orang punya makan...
tu pun makan semua nya seafood.
Alhamdulillah... #janganlupabersyukur..

19 February 2024

Hari Ahad Ke Port Dickson @ 18/02/2024

 Cerita hari minggu.
Aq telah berjanji dengan Kak Mar. Kak Mar ni aq kenal semasa anak kami sama sama lapor diri di PUSASDA. Selepas itu hubungan kami bertambah erat. Selalu juga la kami contact.
Jadi hari ahad aq telah ke rumah Kak Mar menjemputnya berjalan jalan. Plan asal nak ke AEON Shah Alam. Tapi aq kata apa kata kita ke PD kak... on kata Kak Mar.

Sampai PD dalam jam 11.00 pagi. Perut pun dah lapar... Jom kak kita makan... Kat mana kedai yang murah dan sedap....
Jadinya Kak Mar mencadangkan Restoran Rezeki. Lokasi nya...kalau dari PUSASDA nak ke Pantai Port Dickson ada trafic light belok kiri. Kedai tu tepi jalan je lepas korang belok kiri tu....
Besar boleh nampak... Banyak pilihan makanan juga.

Ni yang kami ambil RM20.00 je



Ni kuih yang aq ambil.. RM0.50 sebiji boleh campur.
Donut tu sedap sangat lembut je...


Ada juga kuih muih boleh ambil campur campur RM0.50 sebiji



Lepas makan kami ke Pantai Tanjung Biru...
Nyaman nya duduk sini. Angin sepoi sepoi... ni kot ada bantal kerusi mau lelap aq ni..Perut pun dah kenyang kan.......Dalam jam 1.30 petang kami pun bergerak pulang.
Singgah di RNR Matin untuk solat jamak...dan terus pulang ke rumah.....

Apa apa kami selfie dulu,
TQ Kak Mar...Kakak ni sangat humble dan sporting... Gelak je kakak ni...





Sambut Birthday Hubby @ Mameen Celup Tepung Selambak

Ini cerita disebelah petang.
Aq keluar dengan hubby dan juga Alif. Kami menuju ke Jalan Kebun Shah Alam.
Macam biasa tentu la nak makan Celup tepung ni.
Sebelum tu kami juga pernah ke sini. DI SINI cerita nya.
Kiranya ini kali ke 2 la kami pergi.
Kali ni aq memilih ala carte. Tak mo ambik set talam dah.

Keropok lekor 9 batang RM5

Air kosong RM1.50, Air Kelapa RM5

Teh Madu leleh aq minta tak nak manis
Siyes sedap RM6

Udang goreng RM13 (5 ekor) kot tak silap la

Bebola setiap cucuk ni RM2.50
Ketam, udang, sotong, jejari ketam

Udang goreng tepung RM17

Nasi bajet untuk Alif RM7.90

Semua sekali RM69.40
Tempat makan yang selesa dan ruang parking yang banyak. Senang nak cari tepi jalan je..
Berhadapan dengan MR DIY Jalan Kebun.

Sarapan Pagi @ Nasi Cikgu Sue Ampang Avenue 17/02/2024

 Cerita weekend minggu lepas...
Hari sabtu kebetulan jatuhnya hari lahir bff ku Nurin sekali dengan hubby aq.
Panggil pagi tu ingat nak keluar dengan hubby petang sikit malas nak keluar awal awal pagi...
Dalam group wasap bff, Ina sahut jom la kita ngeteh kat Nasi Cikgu Sue ni.
Sedap kata nya.... Jom la Shima.... erm.... ok la kata ku... tunggu aq bersiap dulu.
Dalam jam 8.30 pagi aq dah keluar rumah.
Kiranya aq yang sampai dulu. Kemudia Ina akhir sekali Nurin.
Kami sarapan di Nasi Cikgu Sue Ampang Avenue. Korang waze atau google je...senang je nak cari.

Macam ni rupa depan kedai tu...

Sampai sampai je aq lihat banyaknya menu...segan pula nak ambil gambar....

Aq ambil nasi dagang, Ina dan juga Nurin.

Ni la rupa nasi dagang lauk ikan tongkol

Ina memilih popia set

Ni la makanan kami licin

Yang ni pula aq yg pilih.
Pulut ikan masin dan juga kuih Beko

Cucur udang, Nurin order se set

Kuih Beko

Lok Ching, sedap lembut tak liat RM4 10 cucuk

Selfie la juga

Roti bakar telur goyang, Ni Nurin order

Hari ni makan di bayar oleh Mekna..
TQ Mekna moga murah rezeki mu
Semua sekali total makanan kami RM51.50


Sebelum balik panas lit lit ambil gambar.....
Masa ni baru jam 10.00 pagi panas nya terik sungguh...

16 February 2024

Tiba Masa Fatahul Melapor Diri Ke 12 RAMD Kuantan @ 15/02/2024

Seawal jam 8.00 pagi aq dan Nadia dah ke TBS untuk menghantar Fatahul ke terminal bas tasik selatan.
Ini la pertama kalinya Fatahul naik bas ekspress menuju ke distinasi.
Dah pandai berdikari... 
Sampai TBS jam 8.30 pagi...masih awal lagi. tiket bas pada jam 10.00 pagi.
Nadia booked LA Holiday. Bas ni lebih selesa sikit...takpe kata ku biar mahal sikit janji selesa..
Sampai TBS kami lepak kat level 4 duduk depan KK Mart kat situ ada kerusi dan meja selesa la sikit. Ada juga tandas. Kalau menunggu level 3 orang ramai... 
Sambil menunggu beli la sedikit makanan kat KK Mart nak makan lebih lebih pun risau sakit perut pula nanti. Aq pula mengambil cuti separuh hari untuk menghantar Fatahul...kerja masuk petang la...
 



Sebelum pergi abadikan kenangan bergambar dahulu....

Dalam jam 9.15 pagi kami ke level 3. 
Fatahul turun ke level 2 untuk boarding.... 
Kali ni dapat Gate 14. Bila tiket dibeli secara online, tak perlu dah ambil tiket yang asal..scan je kat pagar automatik tu...

Tengok la berapa banyak beg dia angkut... nasib la barang barang yang sebelum ni dah hantar ke Kuantan....
Dengan luggage, beg celorong galas belakang, beg laptop (dokumen) galas depan, beg ditangan peralatan mandian dan bekalan makanan dan juga beg speedmart untuk letak kan kasut.
Aq tengok pun kesian....

Hati hati turun tu...risau lak aq tersungkur ke depan je nanti.....

Dah sampai kat bawah...mata melilau mencari gate 14


Pukul 9.50 pagi dah naik bas... kiranya bas LA Holiday ni mengikut jadual la ye....
Kul 10.00 pagi bergerak meninggalkan TBS menuju ke Kuantan....

Sampai di Kuantan jam 1.45 petang. Dah ada kawan kawan yang lain menunggu.
Ada yang sampai seawal jam 8.00 pagi... Dari merata negeri, Kelantan, Kedah, Penang, KL, Melaka dan Johor. Dalam jam 2.00 petang truck dan dalam perjalanan bila mana 15 orang PM ni dah tiba semua nya....

Naik truck dah...ni mesti beg Fatahul sebab ada plastik Speedmart ni...
Hehehehe...

Sempat buat video yang aq screen shoot.....
Tersenggih kegembiraan...
Tinggal kan ibu, tinggalkan ayah, tinggal anak dan isteri.
Untuk pergi berjuang. Semoga berjaya dan kekal positif....

Cerita hari Pertama Pendaftaran di PUSASDA DI SINI
Cerita perjumpaan di PUSASDA DI SINI
Cerita TLPM 27/01/2024 DI SINI

Makan Malam Bersama Fatahul @ 14/02/2024

 Hari ni bos baik baik. Pukul 5 dah tutup ofis...
Aq terus balik ke rumah, suruh Fatahul tunggu kat bawah je sebab nak mencari barang barang kelengkapan untuk balik ke Kuantan esok hari.
Bila dah siap beli barang hujan pula selebat lebatnya...
Cuaca panas terik, tiba tiba hujan....
Kot dah hujan macam ni nak makan kat C10 pun susah...dah la parking pun susah...
Kita makan kat Food Court Lotus je la
Ok je kata Fatahul....

Ni syizling Yee mee... Fatahul makan ni

Aq lak hot plate rice chicken with mushroom....
Dah siap makan terus la balik ke rumah... banyak hal lagi yang perlu diuruskan untuk keberangkatan esok....ni semua last minit punya keje la ni...hahahaha...

Yahuuuuuu Jadi Sambal Hitam Pahang

Hari Isnin hari tu..masa sibuk sibuk bersiap nak balik ke KL.
Jiran sebelah bagi aq belimbing buluh ni dalam sekilo juga la...
Aq bawa balik ke KL. Ingat sampai KL nak buat tapi bahan tak cukup. Esok je la hari selasa aq buat.
Ni versi sambal hitam aq.... Aq tak la rebus belimbing tu sampai hitam.... 
Jap aq tunjuk cara aq....

Belimbing ni aq kisar je.... tak buh air la....sebab belimbing ni kot dikisar pun akan mengeluarkan airnya..

Yang ni pula aq kisar cili api merah, cili api hijau, bawang besar dan juga ikan bilis...
Siap kisar kita tumis... pastu masukkan belimbing kisar tu...
Letak perasa ajinomoto dan juga garam...tu je la
Kacau dengan api slow sampai kering airnya...
Disarankan guna non stick pan la lebih elok penghasilannya....

Ni la hasilnya...
Dari jam 6.30 petang sampai la 9.30 malam
Lama kelamaan dia jadi hitam macam ni juga.
Kacau sampai jadi serunding tu...
Hari tu aq dah pernah buat...
Ada la 4 minggu kt luar aq sengaja tak buh dalam peti...elok je tak berkulat...
Untuk yang kali pertama aq buat tak berapa hitam...entah kenapa la..
Boleh tengok kat SINI

 

Menu Dinner Malam Ahad

Malam ahad punya menu.....
Esok nak balik kl dah... Masak je la yang simple simple kata mak aq....
Aq cuma buat kari ayam je dengan sambal ikan bilis.
Ada berbaki kari ikan tongkol semalam...aq panaskan lagi....

Jadi la menu macam ni..tu pun habis seperiuk nasi....
Alhamdulillah kot makan kat kedai dah berapa kan untuk kami yang berjumlah 5 orang ni.....
Sambal bilis tu menyenggat pedas nya..tapi Nadia slumber je makan...
Sedap kata nya... Aq lak tah berapa cawan air kelapa minum sampai perut pun dah rasa kembung air...


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...