Salam ramadhan... Hari yang ke 9 kita berpuasa....
Menu sahur aq... Makan je nasi dan lauk berbuka tu lagi...
Aq panaskan balik kari semalam...
Masa nak balik kerja pukul 5, dalam pukul 4.30 macam hujan turun selebat lebatnya..
Dalam hati aq ni harap hujan berhenti la awal... Masa kul 5 tu hujan masih turun renyai renyai.
Aq tekat balik kerja naik MRT je. Sempat ke aq masak ni dah la barang banyak yang dah habis...
Sebabnya kalau balik kerja menggunakan perkhidmatan MRT akan mengambil masa 45 minit.
Termasuk la aq berjalan kaki dari ofis ke stesen MRT Kuchai lepas tu tukar di Chan Sow Lin ambil LRT Salak Selatan dan berjalan kaki dari stesen Salak Selatan ke rumah...
Sampai rumah terus la ke kedai runcit kt rumah je beli tempe, kentang dan bawang putih.
Nasib la ikan aq memang dah siap siap keluar kan jadi tak la beku dah...

Akhir nya dalam jam 7.05 petang sia juga 4 menu berbuka aq....
ok masih ada masa... aq keluarkan buah tembikai... potong simpan balik dalam peti sejuk...
Plan asal nak buat siakap stim tapi bahan tak cukup
Manakala menu kak ipar aq....
Dia pun kata tak rajin la nak membeli kat bazar ni...
Nanti tah apa apa yang dibeli. Baik masak...
Beli kuih sikit sikit je dah la kata nya....
#janganlupabersyukur





















































