20 March 2023

Turas Terapi @ Tekni Urutan Rangsangan Saraf

 Hari sabtu lepas aku balik ke kampung.
Bila tengok kat TT banyak la teknik letup letup tulang ni kan lalu kat FYP aku... Aku nak cuba juga lah. Yang aku suka kat sini sebab ada staff perempuan...
Kalau nak datang kat sini tak boleh walk in kena la booking. Kalau sabtu ahad lagi la penuh.
Aku booking untuk hari sabtu jam 5.00 petang. Untuk hb. Aku tak mo la....
Bila aku pergi mengunakan waze.... korang boleh la waze Turas Terapi Kampung Koh, Sitiawan.
Senang tak sesat pun. Pusat rawatan ni kat kawasan perumahan. Rumah teres 2 tingkat. 


Ni pintu masuk utama


Kat kawasan rumah 2 tingkat corner lot je


Gambar struktur tulang kita....


Masa ni hb buat half body aligment je.
Nak buat full body sebab kaki kiri suami aku ada besi jadi mereka tak mau tanggung risiko la...
Buat pinggang ke atas je






Masa buat ni prap prap bunyi tulang korang... Sedap oooo
Kita kot buat sendiri mau terkehel nanti....


Aku pun ada juga buat Urutan terapi stress.
Masa ni belum buat lagi.... 
Sedap juga urutan terapi ni
Aku pun ada juga buat full body aligment.
Lepas dah siap tu... badan rasa ringan sedap je...
Nanti kalau balik kampung nak la buat lagi.....
Untuk Half body aligment RM40.00
Untuk full body aligment RM70.00
Untuk Urutan terapi stress RM50.00
Jadi ke semuanya berjumlah RM160.00
Kalau yang nak booking atau pun pertanyaan lanjut
WA ke no : 011-2555 6076
Atau boleh la tengok kat TT, instagram, fb ke
Under Turas Terapi.
Buka setiap hari kecuali hari isnin tutup.

17 March 2023

Rezeki Hari Jumaat @ 17/03/2023

 Hari ni aku bawa nasi lemak lauk sotong.
Lama aku tak masak nasi lemak... Jadi nya dari malam semalam aku dah gigih buat sambal sotong.
Bangun pagi ni panaskan je... Rebus telur, goreng kacang dan ikan bilis.
Pagi ni cuma aku masak nasi lemak dengan potong timun je...

Ni kalau beli mau RM7 kan sebabnya telur rebus tu sebiji...

Lepas tu tengahari madam beritahu kepada semua staff, hari ni kita makan kfc ye...
alamak aku kata. Selalunya co akan beritahu awal sehari. Tapi ok je aku kata boleh makan nasi lemak tu berlauk kan ayam kfc.

Yang ni nugget dan juga wedges kami kongsi la bukan aku makan sorang.

Ni aku punya
3 ketul ayam arabian crispy. Sedap betul ayam arabian ni... rugi la kalau tak cuba.
Aku tukar air strawberry aku tak minat air coke....

Bila kita beli banyak... banyak la dapat sos cili ni dan juga sudu.
Sos BBQ tu dapat percuma bila kita beli nugget tadi tu....
Alhamdulillah kenyang dah... Makan nasi lemak sotong berlaukkan ayam goreng KFC....
Syukur...





Bihun Goreng Singapore Bekal Hari Khamis

 Hari khamis aku bawa bihun goreng singapore je dengan telur mata.
Malas nak masak menu berat berat.

Hari ni masak yang simple je mudah...
Lagi pun lama tak makan bihun goreng singapore ni asyik makan bihun goreng hainam tu je kan...


Bungkus dalam kertas macam ni je...
Lepas makan buang.... settle kan...

16 March 2023

Dinner Di Hajris Bistro @ 15/03/2023

Dah banyak kali aku nak beli kunafa ni.... Bila aku pergi NSK, takde pula kunafa ni.
Kesian kat Alif nak makan kunafa.
Aku mesej Nadia.... Kak, belikan adik kunafa.... Ok kata Nadia.
Kebetulan Nadia kerja kat Pavillion ada la kedai yang jual kunafa ni.
Aku pula ingat Nadia balik kerja pukul 10.00 malam. Rupanya pukul 6.30.
Nasib aku sempat buat inti carbonara. Aku nak buat popia carbonara. Minggu ni nak balik kampung.
Nak bagi kat mak makan untuk bulan puasa ni. 
Mati kan api....aku terus ajak hb dan Alif keluar. Kita makan kat Hajris je la.... Tak sempat nak buat dinner ni. Ingatkan Nadia balik lambat. Dan kebetulan ada kunafa, kita order air je la kat Hajris nanti...



Yang ni kunafa cheese. Harga mahal sikit


Yang ni kunafa cream... harga murah sikit
Tapi jumlah untuk 2 keping kunafa ni RM35.00
Uih..... mahal juga ye... takpe la sekali sekala kan.
Sebelum ni aku pernah cuba kunafa kat pasar malam Jln TAR.
RM6 je sekeping... hehehe... 


Aku juga order roti bakar kaya

Yang ni tosei untuk hb

Yang ni nasi campur untuk Nadia...
Tengok lauk sotong teringat kat Fatahul. Dia suka sungguh sotong.
Kemain telur masin 2 keping....
Untuk air pula.... aku teh ais, hb teh c, Alif horlick, Nadia ais kosong je.
Total makan malam ni RM36.20 ni tak la termasuk harga kunafa tu...
Nanti nk cuba shawarma / kebab.....kat Bukit Bintang tu.
Ada kata sedap ada kata ok je... Harga boleh tahan juga tu...
Takpe nanti kita cuba erk... kata ku pada Alif...

Sarapan Pagi Kat Kedai Kuning Taman Tenaga

 Hari selasa pagi.... Aku dan hb ke kedai kuning Taman Tenaga.
Saja nk bersarapan kat kedai....Padahal kat rumah dah masak.

Hb makan nasi lemak lauk telur mata

Aku makan bihun sup.
Mungkin aku makan awal pagi....kuah sup ni tak berapa kick la...
Sup ni lagi lama reneh lagi sedap...Kot makan lewat sikit sedap ni.
Kaki ayam tu jadi lembut sangat...
Yang paling aku suka sambal kicap dia ni... sedap oooooo


Dinner Di Medan Selera Gerai C10 Hari Isnin @ 13/03/2023

Hari isnin malas pula aku nak masak....
Balik je kerja banyak tempat nak pergi.
Aku ajak hb ke Mydin USJ. Selepas je selesai urusan kami bergegas pulang. 
Balik terus ke Medan Selera. Tengok jam dah pun pukul 9.00 malam perut pun dah laapr.
Kami memesan makanan. Kenapa la lama sangat ni. Dah pukul 9.30 makanan masih tak dapat.
Rupanya... tukang masak tinggal seorang. Tukang masak yang lagi 1 tak sihat....
Ooooo patut la... Ok la kita tunggu... tak kan nak mengamuk pula kan... 
Kita mudah kan urusan orang.. Diorg pun tak mo benda macam ni terjadikan....
Bila kami tunggu dengan penuh kesabaran akhirnya makanan kami pun tiba...

Maggi goreng untuk hb

Keo teow kongfu untuk aku
Untuk Alif Nasi goreng kampung.
Disebabkan Alif punya lagi lewat dari kami punya.
Bila sampai Alif terus ngap... Lupa ambil gambar.
Hehehehe...

 

Gigih Aku Buat Lontong Makan Petang Hari Minggu

Punya la aku teringin nak makan lontong.
Semangkuk kalau beli RM6.00 telur sebelah. 
Kalau 2 bungkus dah RM12.00. Aku tengok dalam kabinet ada nasi impit 2 bungkus besar tu...
Aku pun rebus pagi tu masa aku tengah buat sarapan...
Jadi bila dah siap rebus tinggal nak buat kuah lodeh nya je lagi.


Aku cuma masak bahan seadanya kat rumah.
Sayur nya cuma kobis, karot dan sohun. Ada tauhu 3 keping...
Aku goreng garing... Masuk dalam kuah....
Sambal nya pula aku guna sambal ikan bilis yang aku beli kat TT je...
Mudah kan


Makan pula dengan sebiji telur rebus.
Yang pastinya Alif berselera makan.
Sampai bertambah tambah....
Tak sia sia aku buat lontong ni... Memang licin Alif bedal....

 

Sarapan Pagi Minggu Yang Lalu @ 12/03/2023

Hari ahad lepas...
Happy weekend guys........
Jom kita masuk ofis.... kelentang kelentung.... aku masak apa yang ada.
Buka esbox buka kabinet... Makan terhasil la menu sarapan pagi yang simple...
Kenyang sampai ke tengahari...

Nasi goreng cili api
Keropok lekor
Cucur kucai ada sikit baki masa hari jumaat tu..
Buah dragon....
Alhamdulillah syukur...

 

Keropok Lekor Fresh Dari Terengganu

Pada sebelah petang nya.....
Aku ada order keropok lekor dari Terengganu. Beli dengan Poji. Dia balik kampung hari tu
Poji pun open order la sapa nak keropok lekor ni....
Aku lak memang peminat keropok lekor ni....
Sedap sebab tak gatal dan tak liat..... 

Dah siap di goreng...Siap ada sos pencolek nya....


Sebatang RM1.50
Seplastik ada 10 batang 
Aku beli 5 bungkus....
Haaaa ambik kau....takpe la boleh makan masa bulan puasa nanti...
Goreng panas panas kan...sedap juga...

Makan Tengahari Kami Hari Sabtu Lepas

Balik je dari pasar macam biasa la kena la bersih kan segala jenis haiwan yang dibeli tu...
Naik kejang kaki dok mencuci nya... Bila dah siap cuci bersih senang la nanti nak masak...
Aku lebih suka macam ni.... ada orang masa nak masak tu la baru nak mencuci menyiang ikan...
Siap je aku sambung la tido. Nak masak awal lagi. Perut pun masih kenyang lagi kan....
Lepas je zohor baru la aku mula nak masak.... 


Ni la lauk aku..... simple je

Sambal belacan ni nak makan dengan kerang rebus

Ada mangga

Ada dragon

Peria masak bening campur sohun

Ni kerang rebus je...
Tapi aku tak perasan masa beli kerang ni jenis ada bulu tu.
bagi aku sedap lagi kerang biasa tu.....
Takpe kita cuba kan.... Sekilo kerang ni RM11.00

Ikan bawal putih cinonet.
Yang ni cuma Rm5 sekilo...
Aku beli 16 eko... tu pun jenuh nak siang
Dalam RM2.50 je....
Goreng garing garing makan denga nasi panas campur sambal belacan...
Nikmat oooooo....
Alhamdulillah...

Sarapan Di Pasar Segar Din Taman Medan ~ Cerita Hari Sabtu Lepas

 Yang ni pula cerita hari sabtu lepas. 
Macam biasa lepas je solat subuh aku akan ke Pasar Din kat Taman Medan.
Boleh lihat cerita aku DISINI
Kali ni aku nak cerita aku sarapan di gerai depan Pasar Din ni.
Selalunya lepas je orang ke pasar, orang akan singgah sarapan kat sini.
Bagi aku...Aku suka makan kat sini.
Makanan nya sedap. Peniaga nya ramah melayan pelanggan yang datang.
Kat gerai ni ada pelbagai jenis pilihan.... 

Ada bihun, mee, maggi dan keo teow goreng.
Lauk pauk nasi lemak. Lauk paru dia sedap sunggu....

Kat sini ada roti canai juga. Tapi ni orang lain makan bayar kt sini
RM1.20 je sekeping roti canai biasa...

Ni murtabak... aku tak penah cuba lagi...

Antara lauk yang dijual...

Ada pelbagai jenis kuih muih...
Bubur nasi tu sedap tau.... 
RM3.00 je
Kuih muih tu sebekas RM2.50 je

Ni la roti canai RM1.20

Nasi lemak sotong kembang RM6.00

Bihun + maggi + paru sambal RM6.00
Haaaaa...jom cuba makan kat sini ye...

Dinner Kami Jumaat Lepas @ 10/03/2023

Ini cerita hari jumaat lepas.
Balik kerja aku buatkan cucur kucai je...orang utara kata coq kucai.
Yang ni makan dengan sos ke susu ke gula ke, atau cicah ngn nira tepu ke...sedap ooooo.
Mangga yang aku beli kat Jalan Kebun masih ada berbaki lagi.
Ok kita potong juga...
Jadi la kan menu simple simple macam ni...


Alhamdulillah syukur....

 

Preconvo Photoshoot Dengan Family

Kesinambungan cerita preconvo photoshoot.
Sebelum ni ceritanya DISINI 
Kali ni layan gambar kami sekeluarga....
Biarlah gambar yang berbicara. 
Ku abadikan gambar disini. Suatu hari nanti gambar ini yang akan menjadi kenangan yang tak pernah padam buat kami sekeluarga......


















































































Ok cukup la gambar preconvo...
Nanti kita sambung cerita pasal konvokesyen di Universiti Pendidikan Sultan Idris pula ye.....
Tunggu......





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...