16 February 2024

Tiba Masa Fatahul Melapor Diri Ke 12 RAMD Kuantan @ 15/02/2024

Seawal jam 8.00 pagi aq dan Nadia dah ke TBS untuk menghantar Fatahul ke terminal bas tasik selatan.
Ini la pertama kalinya Fatahul naik bas ekspress menuju ke distinasi.
Dah pandai berdikari... 
Sampai TBS jam 8.30 pagi...masih awal lagi. tiket bas pada jam 10.00 pagi.
Nadia booked LA Holiday. Bas ni lebih selesa sikit...takpe kata ku biar mahal sikit janji selesa..
Sampai TBS kami lepak kat level 4 duduk depan KK Mart kat situ ada kerusi dan meja selesa la sikit. Ada juga tandas. Kalau menunggu level 3 orang ramai... 
Sambil menunggu beli la sedikit makanan kat KK Mart nak makan lebih lebih pun risau sakit perut pula nanti. Aq pula mengambil cuti separuh hari untuk menghantar Fatahul...kerja masuk petang la...
 



Sebelum pergi abadikan kenangan bergambar dahulu....

Dalam jam 9.15 pagi kami ke level 3. 
Fatahul turun ke level 2 untuk boarding.... 
Kali ni dapat Gate 14. Bila tiket dibeli secara online, tak perlu dah ambil tiket yang asal..scan je kat pagar automatik tu...

Tengok la berapa banyak beg dia angkut... nasib la barang barang yang sebelum ni dah hantar ke Kuantan....
Dengan luggage, beg celorong galas belakang, beg laptop (dokumen) galas depan, beg ditangan peralatan mandian dan bekalan makanan dan juga beg speedmart untuk letak kan kasut.
Aq tengok pun kesian....

Hati hati turun tu...risau lak aq tersungkur ke depan je nanti.....

Dah sampai kat bawah...mata melilau mencari gate 14


Pukul 9.50 pagi dah naik bas... kiranya bas LA Holiday ni mengikut jadual la ye....
Kul 10.00 pagi bergerak meninggalkan TBS menuju ke Kuantan....

Sampai di Kuantan jam 1.45 petang. Dah ada kawan kawan yang lain menunggu.
Ada yang sampai seawal jam 8.00 pagi... Dari merata negeri, Kelantan, Kedah, Penang, KL, Melaka dan Johor. Dalam jam 2.00 petang truck dan dalam perjalanan bila mana 15 orang PM ni dah tiba semua nya....

Naik truck dah...ni mesti beg Fatahul sebab ada plastik Speedmart ni...
Hehehehe...

Sempat buat video yang aq screen shoot.....
Tersenggih kegembiraan...
Tinggal kan ibu, tinggalkan ayah, tinggal anak dan isteri.
Untuk pergi berjuang. Semoga berjaya dan kekal positif....

Cerita hari Pertama Pendaftaran di PUSASDA DI SINI
Cerita perjumpaan di PUSASDA DI SINI
Cerita TLPM 27/01/2024 DI SINI

Makan Malam Bersama Fatahul @ 14/02/2024

 Hari ni bos baik baik. Pukul 5 dah tutup ofis...
Aq terus balik ke rumah, suruh Fatahul tunggu kat bawah je sebab nak mencari barang barang kelengkapan untuk balik ke Kuantan esok hari.
Bila dah siap beli barang hujan pula selebat lebatnya...
Cuaca panas terik, tiba tiba hujan....
Kot dah hujan macam ni nak makan kat C10 pun susah...dah la parking pun susah...
Kita makan kat Food Court Lotus je la
Ok je kata Fatahul....

Ni syizling Yee mee... Fatahul makan ni

Aq lak hot plate rice chicken with mushroom....
Dah siap makan terus la balik ke rumah... banyak hal lagi yang perlu diuruskan untuk keberangkatan esok....ni semua last minit punya keje la ni...hahahaha...

Yahuuuuuu Jadi Sambal Hitam Pahang

Hari Isnin hari tu..masa sibuk sibuk bersiap nak balik ke KL.
Jiran sebelah bagi aq belimbing buluh ni dalam sekilo juga la...
Aq bawa balik ke KL. Ingat sampai KL nak buat tapi bahan tak cukup. Esok je la hari selasa aq buat.
Ni versi sambal hitam aq.... Aq tak la rebus belimbing tu sampai hitam.... 
Jap aq tunjuk cara aq....

Belimbing ni aq kisar je.... tak buh air la....sebab belimbing ni kot dikisar pun akan mengeluarkan airnya..

Yang ni pula aq kisar cili api merah, cili api hijau, bawang besar dan juga ikan bilis...
Siap kisar kita tumis... pastu masukkan belimbing kisar tu...
Letak perasa ajinomoto dan juga garam...tu je la
Kacau dengan api slow sampai kering airnya...
Disarankan guna non stick pan la lebih elok penghasilannya....

Ni la hasilnya...
Dari jam 6.30 petang sampai la 9.30 malam
Lama kelamaan dia jadi hitam macam ni juga.
Kacau sampai jadi serunding tu...
Hari tu aq dah pernah buat...
Ada la 4 minggu kt luar aq sengaja tak buh dalam peti...elok je tak berkulat...
Untuk yang kali pertama aq buat tak berapa hitam...entah kenapa la..
Boleh tengok kat SINI

 

Menu Dinner Malam Ahad

Malam ahad punya menu.....
Esok nak balik kl dah... Masak je la yang simple simple kata mak aq....
Aq cuma buat kari ayam je dengan sambal ikan bilis.
Ada berbaki kari ikan tongkol semalam...aq panaskan lagi....

Jadi la menu macam ni..tu pun habis seperiuk nasi....
Alhamdulillah kot makan kat kedai dah berapa kan untuk kami yang berjumlah 5 orang ni.....
Sambal bilis tu menyenggat pedas nya..tapi Nadia slumber je makan...
Sedap kata nya... Aq lak tah berapa cawan air kelapa minum sampai perut pun dah rasa kembung air...


 

Aktiviti Hari Ahad Dengan Mak

Cuaca sekarang ni panas terik terutama di negeri sebelah utara.
Jadi nya Bota salah 1 tempat yang aq rasa kering tanpa hujan.
Tengok pokok kelapa gading depan rumah mak ni...alamak terliur nya rasa.
Nak beli air kelapa sebungkus pun dh RM5.00
Tak kan aq nak minum sorang je kan.
Aq panggil jiran sebelah minta tolong kait kan buah kelapa ni....

Gugurlah beberapa tanda kelapa.
Buah kelapa ni tak la besar mana kecik je pun
Air kelapa ni tak manis sangat tapi boleh la kan minum...
Tak perlu dah buh ais...gula pun...minum macam tu je
Atau sejuk kan dalam peti ais...



Bab belah kelapa ni mak aq memang hebat kot nak dibandingkan dengan aq yang terkial kial ni...
Kot mak, kejap je settle dia potong buah kelapa tu...

Nak dapatkan sejak penuh ni pun aq rasa dalam 4 biji kelapa juga la...
Kami buat dapat la 2 jug besar... Erm jadi la..
Yang lain takyah la kata mak... dah tua....
Ambil yang mudah je la...
Dah siap belah kelapa...aq pun mula la ke dapur untuk memasak juadah makan malam nanti..
Jom kita tengok...



 

Sarapan Pagi Ahad @ Happy Chinese New Year @ 11/02/2024

 Menu hari ke 2 CNY..
Macam selalunya aq menyediakan menu berat. Kenyangnya sampai ke petang.
Aq cuma menyediakan nasi lemak telur rebus bersama dengan sambal ikan bilis.
Aq goreng juga ikan kembung masin. 
Karipap mak masih ada lagi... Aq goreng la sikit.
Serta buah oren CNY.

Mak cukup suka nasi lemak yang aq buat ni...
Nak ikutkn mak bukan lah pengemar nasi lemak untuk sarapan paginya....

15 February 2024

Menu Hari Sabtu Dari Pagi Ke Tengahari

Yang ni menu hari sabtu CNY.
Anak anak ni kot kena selera tekak mereka... Memang makan dok ulang ulang macam tu la...
Kadang lauk biasa biasa je tapi kena masaknya... memang boleh terbalik periuk nasi kt tepi singki kan...
Hahahaha...

Lagi lagi kalau ayam ni dibuat masak belado... laju weh.....
Ada juga ikan tongkol masak kari...
Aq goreng ikan selar..goreng garing.
Lepas tu terung campur dengan tempe ikan bilis masak sambal kering kering...
Erm... jangan kan anak...aq pun laju makan....
Hehehehe....

Alhamdulillah rezeki kami hari sabtu kan...

 

Vendor RM2 @ Seri Iskandar

 Hari Sabtu & Ahad masa cuti CNY, 
Aq ke Vendor RM2 yang terletak di Bandar Universiti Seri Iskandar. 
Vendor RM2 ni memang terkenal la... Ada orang kata makanan vendor ni ada yang berbaloi ada yang tidak. Tengok apa yang korang beli la kan.... tapi yang paling bestnya... owner kedai sangat peramah... sentiasa tersenyum dan melayan setiap pertanyaan pelanggannya....

Ni antara yang aq beli...
Donut susu, donut red velvet, donut gula.. ni aq rasa memang berbaloi...lembut sampai ke petang.
Menurut tuan kedai ni.... makcik donut ni hantar jam 1.00 kiranya aq sampai dalam jam 2.00 lebih..
Aq dapat 1 je donut susu ni...memang laku keras....Korang wajb beli donut makcik ni..dah la besar lembut gebu je bila makan...Donut tu dah ditabur gula atau susu...dibaginya lagi extra susu dan gula.... 
Memang halal la makcik ni berniaga....

Bubur Korea... ok ni sedap... rekemon tuan kedai

Ni donut bersama dengan sos cheese dan oreo

Punten sambal cili hijau... ni pun sedap

Potato bake with meat... ni pun sedap

Ni nak panggil apa...
Tapi sagu campur dengan jagung bersama dengan sos putih...mungkin santan atau susu cair..
Ni pun aku rekemon sangat

Rasa nya makanan kat situ memang banyak... Nama je RM2 sekali ko buh bakul...bila kira... nah rokiah.... ni mcm kedai Eco la ni...nama je RM2.40 ambil buh bakul...sekali kira....
Ha gitu la kan...tapi kot semuanya sedap..apa la sangat harga RM2 tu kan...
Rezeki masing masing kan....

14 February 2024

Makan Di Lotus Station 18

Hari ni balik kampung lagi bersempena cuti Tahun Baru Cina. 
Hari ni hari jumaat bos dah beri cuti kepada semua pekerja. 
Apa lagi balik kampung la nak uruskan urusan Fatahul mana yang tak siap lagi.

Sampai je umah mak, turunkan barang barang Nadia dan juga Alif.
Aq Fatahul dan mak menuju ke Kuala Kangsar.
Harap sempat la ye. Usas hari ni tutup jam 12.00 tengahari. Tujuan nak ambil sijil diploma Fatahul.
Sampai je USAS dalam jam 11.45 pagi. Nasib sempat lagi.
Dah siap ambil sijil kami terus menuju ke Ipoh, nak ke Bank Muamalat nak settle kan urusan intenat banking dan juga pengesahan akaun... Bank Muamalat pun akan tutup pada jam 12.00 tengahari. 
Jadi kami menuju ke Masjid Al Aulia Ipoh.... Masjid Addin la kira nya untuk Fatahul menunaikan solat jumaat. Settle solat jumaat kami menuju ke Bank Muamalat dan juga Maybank. Alhamdulillah semua dah setttle... Perjalanan diteruskan ke Pernama Ipoh. Nak cari barang yang masih tak dapat dibeli masa kat KL tu... 
Bila semua dah siap...perut pun lapar, aq mencadangkan makan je kat Lotus Station 18 tu. Tempat mudah dan makanan pun sedap bagi aq....

Aq order maggi goreng. RM6.40 ni aq rekemon sangat. 
Teh ais pula RM2.70.
Mak makan nasi ayam tak sempat aq ambil gambar manakala Fatahul makan nasi putih dan kari ayam RM6.40. Tak cukup makan nasi. diordernya lagi Maggi goreng double sebab tengok maggi goreng aq menyelerakan kata nya....

Bila dah makan aq pergi ke Harold'S. Aq memang suka beli roti kat sini. Kedai ni banyak cawangan.. 
Selalu beli kat RNR Rawang tu...

Yang ni Portugies Tart RM9.90
Ni aq rekemon juga...sedap lemak dan tak manis.

Yang ni tart nenas dan juga pandan kek...
Selalu aq minta mereka tolong potong kan kecil kecil macam ni senang nak makan...
Tart nenas ni RM3.90
Kek pandan RM7 kot tak silap aq la 
Dan makan kenyang apa lagi masa untuk pulang....

Happy Birthday To Alif @ 08/02/2024

 Happy birthday to Alif yang ke 15 tahun @ 08/02/2024.
Hari ni genap umur Alif 15 tahun. Sekejap masa berlalu...sudah 15 tahun umur Alif.
Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk hati keluarga.. Always baby booooo dihati mama....

Patutnya malam ni nak balik kg, tapi takpe la kita sambut birthday Alif. Kebetulan semua pun ada kita buat kat rumah je la. Majlis tertutup untuk keluarga sahaja. Dan kebetulan juga kawan Fatahul nak datang jadi aq jemput mereka juga ke rumah. 

Kek birthday ni pembelian Nadia & Nabil... 


Kek Ais krim beli kat Baker Cottage..

Menu pula simple simple dah la... Benda tak dirancangkan...
Masak makan apa yang ada....


Bihun bakso, nasi lemak, nugget

1 kotak tart pemberian Apit....
Sedap sangat beli kat Hokkaido Baker

Ni je la gambar kami ber2. Yang lain tak mo bergambar...Segan katanya...
Ok la gambar mama dengan Alif je la....


Happy birthday Alif.... Alif la peneman setia mama ke mana mana...
Anak yang rajin menolong mama, cuci baju sidai baju, cuci pinggan... ambilkan ubat kalau mama sakit...kalau Alif takde susah juga la mama ni... selalu menjadi runner hantar order yang orang tempah tu.... TQ Alif......

08 February 2024

Sosej Sardin Roll PotLuck Nadia Ke Sekolah

Hari khamis @ 08/02/2024. 
Sekolah Nadia ada potluck. Nadia minta aq buatkan sosej sardin roll....
Aq buat siap siap malam tadi..bangun pagi ni goreng je lagi... 


Macam ni la rupanya...ku susun cantik biar nampak kemas sikit kan...



Yang ni aq buat pack kecil kot Nadia nak bagi kat sapa sapa nanti....

Yang ni aq simpan dalam bekas untuk dijadikan frozen...
alhamdulillah siap juga....


Dinner Kami Malam Tadi

 Hari rabu @ 07/02/2024.
Hubby call nak beli nasi lemak tak hari ni... Tak payah kata ku...
Aq masak je malam ni....

Aq bagitau Fatahul, malam ni, ni je menu kita simple....
Fatahul kata macam ni pun dah kira cukup mewah ni mama, orang suka.....

Sup telur, hati / pedal goreng kunyit, ikan goreng dan buah tembikai....
Tapi Nadia n Alif tak makan... jawapnya aq panaskan la makan lagi utk hari khamis...
Janji tak basi dah la kan...


Sarapan Pagi Ahad Sebelum Balik Ke KL

Hari ahad.... hari ni aq balik ke KL.
Macam biasa pagi ni aq sediakan apa yang ada....
Malam tadi dah keluar makan kat astaka dengan mak... 
Bungkus kan mereka nasi goreng... tapi tak habis kan..
Aku panaskan nasi goreng tu...





Menu pagi ni...
Nasi lemak, telur rebus, nasi goreng semalam aq panaskan, 
Cucur badak, karipap sardin / kentang dan cokodok pisang.....



 

Kenduri Di Gelung Gajah

 Kami menghadiri kenduri di Gelung Gajah. Sedara aq juga sebelah arwah abah...
Awal kami sampai dalam jam 11.30 pagi... Senang kata ku...cepat makan cepat kami balik....
Orang pun tak berapa ramai lagi... boleh la pilih pilih tempat duduk kan.....

Banyak juga menu pilihan, dari nasi minyak dan juga lauk lauk kampung.....
Suka pula aq makan terus kecik kecik tu rebus cicah sambal belacan....

Yang ni pula makanan sampingan...
Ada laksa, mee kari, cendol.
Ada juga apam balik...dek kerana kami sampai awal, apam balik baru je nak mulakan tugas...
Ramai lak orang beratur...Malas la aq nak tunggu.....



Sarapan Memerangkap Makan Tengahari Di Kampung 03/02/2024

 Hari pertama di kampung iaitu hari sabtu...
Bangun je pagi pagi aq dh buatkan sarapan pagi untuk anak anak ku. 
Dengan bahan bahan yang ada baik aq masak je untuk mereka. Nak membeli rasa tak berbaloi pula nanti.... Mak pun tolong juga aq persiapkan bahan masakan....


Jadi la menu yang simple utk hari sabtu ni....
Ada nasi lemak telo rebus, ikan masin, karipap kentang dan juga cokodok....
Alhamdulillah....
Lepas makan aq, mak dan Alif bersiap siap nak pergi kenduri manakala Nadia n Shahira nak ke kedai gunting rambut manakala Fatahul ke Kuala Kangsar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...