27 January 2013

Hari Terakhir Nadia di SMKSBS / AKSB

Kenapa semalam Nadia call aku...dalam pukul 10.00 malam...Kakak cakap dah tak tahan nak sekolah kt SBS..bukan pasal sekolah..tapi hubungan dengan rakan-rakan..aku berbincang dengan suami macam mana...HB cakap bagi kata 2...duduk kat rumah no intenet...kena belajar macam mana kat asrama..cuma ada masa lebih sikit la...jadual tak la jadi ketat...
So pada 23/01/2013 aku pukul 6.00am dah keluar rumah..hantar Alif kt rumah umi...mintak tolong umi hantar Alif ke tadika..Umi kata nanti boleh mintak tolong Kak Ina (mak Wina) hantarkan Alif ke tadika...jadi aku sampai kat SMKSBS dalam jam 6.30am...aku intip kakak...memang ternyata dia berjalan seorang diri masa tu...kawan-kawan yang lain masih di sek lg...
Aku bertanya pada kakak sama ada betul-betul dia memang hendak bertukar sekolah...dia cakap pasti...aku pun terus ke pejabat sekolah...dengan sabar aku menunggu urusan pejabat iaitu jam 7.30am...tapi kerani sekolah tetap melayan aku w/p masa tu baru jam 7.10am..aku pun mengisi borang yang diberikan oleh kerani tu...lepas tu guru besar Puan Kamariah bertanya...siap memberi kaunsling...tapi Nadia tetap mau bertukar sekolah...Terima Kasih cikgu...Aku akui sekolah SMKSBS memang sekolah klaster kecemerlangan tapi aku risau anak aku nanti tak cemerlang...walau dimana pun kita berada...berusaha...pasti kita akan berjaya..Selepas itu aku terus ke PPD Pudu untuk memintak kebenaran berpindah...Sudah selesai urusan tu...aku terus balik ke rumah...berehat..lepak-lepak & borak-borak dengan Kak Ana jap sementara nak tunggu Alif balik sekolah pada jam 11.30am..lepas ambik Alif terus hanta ke rumah Kak Ana...aku bergegas ke sekolah dengan menaiki teksi je...Sampai disekolah...aku terus memohon agar kakak dibenarkan pulang dan keluar dari asrama hari itu juga kerana aku tak mahu ada pertelingkahan dengan lebih panjang nanti...kerani Fiza kata...anak puan kena sekolah dahulu disini sampai lah fail peribadi siap dipulangankan...aku tak mahu dah...biar lah...anggaplah hari ni hari terakhir disini...sesudah itu...aku ke pejabat asrama nk membuat pemotongan nama pulak...sudah selesai mebayar yuran asrama selama 23 hari tu...aku dan kakak naik ke asrama dan mengemas semua barang-barang kakak...
sementara menunggu HB datang dalam jam 2.30pm, akak ajak aku pergi ke kantin sekolah SBU...memang aku akui...aku tak menjamah sebarang makanan lagi pun...kat situ akak memesan 2 pinggan nasi goreng kampung....erm...sedap...murah pulak tu...
Lepas tak lama tu HB pun sampai....
So berakhirlah perjalanan hidup aku disitu...takde la setiap minggu aku nk ulang alik kt AKSB, sama ada menziarahi kakak atau mengambil dan menghantar kakak balik ke asrama...
Takde lagi pesanan kakak yang meminta mama masak itu ini...masak lebih sikit untuk kawan-kawan....
Apa-apa pun itu semua kenangan....dari 02/01/2012 - 23/01/2013 kakak distu...
tutup buku lama...buka buku baru...lembaran baru yang mahu dicoretkan dengan asam garam kehidupan yang lebih indah dan bererti....
Selamat Tinggal....Kenangan Terindah (Simpson)
Layan Je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...