19 February 2020

Kiram's Village Kundasang ~ Indah Dan Mendamaikan

Percutian ku ke Kundasang Sabah pada 12/02/20 - 14/02/20.
Kali ini ku memilih Kiram's Village untuk percutian selama 3D2N di Kundasang.
Dari tahun lepas lagi aq telah membuat tempahan di Kiram's Village kerana aq suka dengan suasana serta pemandangan yang sungguh mendamaikan.
Aq memilih cabin Banana dengan harga RM300 untuk 2 malam...
Terdapat 2 katil queen di dalam cabin.
Ok la kan muat la untuk kami berlima....

Di hadapan cabin Banana & Apple
Sebelah kiri Banana
Sebelah kanan Apple


Dari hadapan pejabat Kiram's Village.
Nun kelihatan cabin Banana di lereng bukit....

Hadapan pejabat Kiram's Village



Selain dari Kiram's Village terdapat beberapa Chalet di dalam kawasan yang sama
diantara nya 
Kinabalu View Chalet
Alpine D'bayu Residence
D'bayu Garden Residence
Jane Motel Kundasang
Bagi aq semua chalet ni cantik cantik terpulang kepada bajet anda la ye...
Yang paling cantik sekali bagi aq ialah D'bayu Garden Residence.




Kat sini banyak bunga bunga yang cantik cantik.
Anda dilarang sama sekali memetik bunga bunga yang terdapat di sini...








Suasana pagi 
Masa ni jam 6.30 pagi....
Boleh la nampak view Gunung Kinabalu...
Kalau dari cabin Banana selak langsir je boleh tengok dah gunung.
Hb kata buat susah susah je korang keluar.
Hahahah...







Jom layan diantara bunga yang terdapat di Kiram's Village...
Next cerita aq berkenaan percutian ke Kundasang, Tips Of Borneo Kudat dan juga Kota Kinabalu.
Jom.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...